Pembantu Pembedahan Pergigian

Share Artikel

Anda ingin menjadi seorang Pembantu Pembedahan Pergigian? Berikut kami kongsikan sedikit maklumat mengenai jawatan ini.

Gred: U19
Kumpulan: Pelaksana
Kementerian: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tangga Gaji

Tangga gaji Pembantu Pembedahan Pergigian yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Gred Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
U19 RM1360 RM4052 RM100

Gaji permulaan bagi Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19 adalah RM1418.12.

Syarat Lantikan

Untuk dilantik menjawat jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian, anda perlu memiliki kelayakan berikut :

a) Lantikan Ke Gred U19

  • Mesti seorang warga negara Malaysia.
  • Mesti berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan .
  • Memiliki Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan .
  • Lulus subjek Bahasa Malaysia dengan kepujian sekurang-kurangnya gred C dalam Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

b) Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai yang berhidmat sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan layak dipertimbangkan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19 oleh Pihak Berkuasa Melantik.

Pelantikan ini tertakluk kepada kekosongan jawatan dan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan serta:

  • Memenuhi syarat kelayakan untuk lantikan.
  • Memenuhi had umur pelantikan
    • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun. Atau
    • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun. Atau
    • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas

Tanggungjawab dan skop kerja Pembantu Pembedahan Pergigian termasuklah:

a) Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19

  • Menyambut dan mendaftar pesakit-pesakit.
  • Pembasmian kuman pada perkakasan pergigian.
  • Membantu Pakar Pergigian, Pegawai Pergigian dan Jururawat Pergigian dalam pembedahan pesakit.
  • Mendaftar serta merekod hal-hal kewangan, sijil sakit dan penerangan kepada pesakit.
  • Membantu Pegawai Pergigian dan Jururawat Pergigian semasa lawatan ke sekolah-sekolah.
  • Menempah serta merekod alat-alat kelengkapan, memeriksa inventori dan lain-lain perkakasan seperti troli dan mesin.
  • Menyediakan penyata bulanan dan geraf.
  • Menyediakan bahan-bahan pendidikan kesihatan pergigian.

Anda juga boleh membaca maklumat tentang jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian di laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. [ Klik Sini ]