Juruteknologi Makmal Perubatan

Share Artikel

Anda ingin menjadi seorang Juruteknologi Makmal Perubatan? Berikut kami kongsikan sedikit maklumat mengenai jawatan ini.

Gred: U29
Kumpulan: Pelaksana
Kementerian: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tangga Gaji

Tangga gaji Juruteknologi Makmal Perubatan yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Gred Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
U29 RM1797 RM5753 RM145

Syarat Lantikan

Untuk dilantik menjawat jawatan Juruteknologi Makmal Perubatan, anda perlu memiliki kelayakan berikut :

a) Lantikan Ke Gred U29

  • Mesti seorang warga negara Malaysia.
  • Mesti berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memiliki diploma dalam bidang teknologi makmal perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Lulus subjek Bahasa Malaysia dengan kepujian sekurang-kurangnya gred C dalam Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas

Tanggungjawab dan skop kerja Juruteknologi Makmal Perubatan termasuklah:

a) Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29

  • Kajian/Penyelidikan.
    • Mengambil contoh-contoh untuk kajian daripada pesakit-pesakit dan binatang-binatang.
    • Menyediakan ujian dan simpanan reagcut, media, standard solution suspension dan lain-lain.
    • Membantu kerja-kerja pembedahan mayat yang berkaitan undang-undang.
  • Pentadbiran
    • Menerima, merekod dan mengirim contoh-contoh untuk ujian.
    • Menyelenggara perjalanan, pembersihan dan meminyakkan alat-alat kelengkapan makmal.
    • Membantu dalam pemesanan bekalan dan menyimpan senarai alat-alat kelengkapan (inventory).
    • Mengemukakan semua laporan keputusan ujian dan menyimpan peraturan-peraturan yang dijalankan dan keputusan ujian-ujian yang diperolehi bagi perkhidmatan, penyelidikan dan pengajian.
    • Memangku dan mengambil tanggungjawab Juruteknologi Makmal Perubatan Tingkatan Khas semasa ketiadaan beliau.
    • Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke masa.

Anda juga boleh membaca maklumat tentang jawatan Juruteknologi Makmal Perubatan di laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. [ Klik Sini ]