Pembantu Perawatan Kesihatan

Share Artikel

Anda ingin menjadi seorang Pembantu Perawatan Kesihatan? Berikut kami kongsikan sedikit maklumat mengenai jawatan ini.

Gred: U11
Kumpulan: Pelaksana
Kementerian: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tangga Gaji

Tangga gaji Penolong Pembantu Perawatan Kesihatan yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Gred Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
U11 RM1204 RM3001 RM80

Gaji permulaan bagi Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 adalah RM1204.

Syarat Lantikan

Untuk dilantik menjawat jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan, anda perlu memiliki kelayakan berikut :

a) Lantikan Ke Gred U11

  • Mesti seorang warga negara Malaysia.
  • Mesti berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki Sijil Pentaksiran Tingkatan Tiga atau Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Memiliki Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan .
  • Lulus subjek Bahasa Malaysia dengan kepujian sekurang-kurangnya gred C dalam Sijil Pentaksiran Tingkatan Tiga atau Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan .

Deskripsi Tugas

Tanggungjawab dan skop kerja Pembantu Perawatan Kesihatan termasuklah:

a) Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11

  • Bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.

Anda juga boleh membaca maklumat tentang jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian di laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. [ Klik Sini ]