Juruterapi Pergigian

Share Artikel

Anda ingin menjadi seorang Juruterapi Pergigian? Berikut kami kongsikan sedikit maklumat mengenai jawatan ini.

Gred: U29
Kumpulan: Pelaksana
Kementerian: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tangga Gaji

Tangga gaji Juruterapi Pergigian yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Gred Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
U29 RM1797 RM5753 RM145

Syarat Lantikan

Untuk dilantik menjawat jawatan Juruterapi Pergigian, anda perlu memiliki kelayakan berikut :

a) Lantikan Ke Gred U29

  • Mesti seorang warga negara Malaysia.
  • Mesti berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memiliki diploma dalam bidang kejururawatan pergigian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Lulus subjek Bahasa Malaysia dengan kepujian sekurang-kurangnya gred C dalam Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

b) Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai yang berhidmat sebagai Pembantu Pembedahan Pergigian layak dipertimbangkan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Juruterapi Pergigian Gred U29 oleh Pihak Berkuasa Melantik.

Pelantikan ini tertakluk kepada kekosongan jawatan dan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan serta:

  • Memenuhi syarat kelayakan untuk lantikan.
  • Memenuhi had umur pelantikan
    • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun. Atau
    • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun. Atau
    • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas

Tanggungjawab dan skop kerja Juruterapi Pergigian termasuklah:

a) Juruterapi Pergigian Gred U29

Tugas-tugas Rawatan Pesakit

  • Am
    Perkhidmatan kesihatan oral kanak-kanak tadika, sekolah, kanak-kanak istimewa dan warga tua. Juga agensi kerajaan dan pusat-pusat kesihatan.
  • Diagnosis
    Memeriksa, mendiagnosis dan mengatur rawatan pesakit-pesakit dibawah penjagaannya dan merujuk kepada pegawai pergigian untuk tindakan selanjutnya.
  • Profilaksis
    Pembersihan gigi termasuk prosedur penskoleran, pembersihan dan pengilapan bagi permulaan.
  • Restorasi
    Menyedia kaviti dan membuat tempahan.
  • Cabutan gigi serta mengawal pendarahan setelah cabutan
  • Rawatan lain mengikut arahan

Pendidikan Kesihatan Pergigian

  • Melaksanakan aktiviti pendidikan kesihatan pergigian melalui latihan memberus gigi, ceramah, pameran kempen kesihatan.
  • Menyediakan bahan-bahan pendidikan serta menggunakan alat pandang dengar.
  • Kaunseling
    • Penjagaan kesihatan Oral.
    • Penjagaan di rumah (Home Care).
  • Kawalan Jangkitan
  • Kejururawatan Komuniti
  • Penyelidikan Sistem Kesihatan
  • Menganalisa kekurangan dan kelemahan seperti kawalan, jangkitan, restorasi atau bahan tampalan komposit gigi.
  • Pentadbiran dan Pengurusan
    • Penyelenggaraan, keselamatan dan kelemahan seperti kawalan, jangkitan, restorasi atau bahan tampalan komposit gigi.
    • Memastikan bahan-bahan kelengkapan menepati spesifikasi yang ditetapkan.

Anda juga boleh membaca maklumat tentang jawatan Juruterapi Pergigian di laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. [ Klik Sini ]