Latihan Jururawat

Share Artikel

Taraf: Diploma
Jantina: Lelaki dan Perempuan
Tempoh Latihan:

  • 3 tahun (bagi calon Lantikan Terus)
  • 1 tahun (bagi calon PSL daripada Jururawat Masyarakat)

Biasiswa: RM835.57 sebulan
Kementerian: Kementerian Kesihatan Malaysia
Tempat Latihan:

  • Kolej Kejururawatan Sungai Petani, Kedah
  • Kolej Kejururawatan Alor Setar, Kedah
  • Kolej Kejururawatan Taiping, Perak
  • Kolej Kejururawatan Pulau Pinang
  • Kolej Kejururawatan Ipoh, Perak
  • Kolej Kejururawatan Melaka
  • Kolej Kejururawatan Muar, Johor
  • Kolej Kejururawatan Kuantan, Pahang
  • Kolej Kejururawatan Johor Bahru, Johor
  • Kolej Kejururawatan Kubang Kerian, Kelantan
  • Kolej Kejururawatan Seremban, Negeri Sembilan
  • Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu, Terengganu
  • Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh (KSKB) Selangor
  • Kolej Kejururawatan Sibu, Sarawak
  • Kolej Kejururawatan Sandakan, Sabah
  • Kolej Kejururawatan Kota Kinabalu, Sabah
  • Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kuching Sarawak

Syarat Latihan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur:
    • Calon lantikan terus harus berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
    • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  3. Kelayakan:
    • Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
    • Kepujian dalam Bahasa Malaysia dengan sekurang-kurangnya Gred C atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  4. Keutamaan:
    • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik;
    • Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbangkan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan bagi mengikuti Latihan Jururawat apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  1. Mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
  2. Berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

Prospek Kerjaya

Pelatih yang tamat latihan akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Jururawat Gred U29.

Untuk maklumat lanjut, rujuk laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. [ Klik Sini ]