Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja

Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja

Share Artikel

Taraf: Diploma
Jantina: Lelaki dan Perempuan
Tempoh Latihan: 3 tahun
Biasiswa: RM835.57 sebulan
Kementerian: Kementerian Kesihatan Malaysia
Tempat Latihan:

  • Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh, Selangor.

Syarat Latihan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur:
    • Calon lantikan terus harus berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
    • Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
    • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  3. Kelayakan:
    • Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
    • Kepujian dalam Bahasa Malaysia dengan sekurang-kurangnya Gred C atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  4. Keutamaan:
    • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik;
    • Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

Prospek Kerjaya

Pelatih yang tamat latihan diperingkat diploma akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja) Gred U29.

Untuk maklumat lanjut, rujuk laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. [ Klik Sini ]