Jururawat Masyarakat

Share Artikel

Anda ingin menjadi seorang Jururawat Masyarakat? Berikut kami kongsikan sedikit maklumat mengenai jawatan ini.

Gred: U19
Kumpulan: Pelaksana
Kementerian: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tangga Gaji

Tangga gaji Jururawat Masyarakat yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Gred Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
U19 RM1360 RM4052 RM100

Gaji permulaan bagi Jururawat Masyarakat Gred U19 adalah RM1418.12.

Syarat Lantikan

Untuk dilantik menjawat jawatan Jururawat Masyarakat, anda perlu memiliki kelayakan berikut :

a) Lantikan Ke Gred U19

  • Mesti seorang warga negara Malaysia.
  • Mesti berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan .
  • Memiliki Sijil Jururawat Masyarakat atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan .
  • Lulus subjek Bahasa Malaysia dengan kepujian sekurang-kurangnya gred C dalam Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

b) Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai yang berhidmat sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan layak dipertimbangkan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Jururawat Masyarakat Gred U19 oleh Pihak Berkuasa Melantik.

Pelantikan ini tertakluk kepada kekosongan jawatan dan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan serta:

  • Memenuhi syarat kelayakan untuk lantikan.
  • Memenuhi had umur pelantikan
    • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun. Atau
    • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun. Atau
    • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas

Tanggungjawab dan skop kerja Jururawat Masyarakat termasuklah:

a) Jururawat Masyarakat Gred U19

Tugas Jururawat Masyarakat di Rumah Bidan Kerajaan Klinik Desa atau Pusat Kesihatan

  • Mengetuai Rumah Bidan Kerajaan/Klinik Desa (bagi Jururawat yang ditempatkan di Rumah Bidan Kerajaan atau Klinik Desa).
  • Memberi perkhidmatan kesihatan ibu mengandung.
  • Memberi perkhidmatan kesihatan bayi/kanak-kanak.
  • Memberi perkhidmatan rawatan ke rumah.
  • Memberi perkhidmatan perancangan keluarga.
  • Memberi pendidikan kesihatan.
  • Menyambut kelahiran bayi.

Anda juga boleh membaca maklumat tentang jawatan Jururawat Masyarakat di laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. [ Klik Sini ]