Jururawat

Share Artikel

Anda ingin menjadi seorang Jururawat? Berikut kami kongsikan sedikit maklumat mengenai jawatan ini.

Gred: U29, U32, U36, U41
Kumpulan: Pelaksana / Pengurusan dan Profesional
Kementerian: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tangga Gaji

Tangga gaji Jururawat yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Gred Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
U29 RM1797 RM5753 RM145
U32 RM2331 RM6394 RM155
U36 RM3590 RM7605 RM180
U41 RM2429 RM9656 RM225

Syarat Lantikan

Untuk dilantik menjawat jawatan Jururawat, anda perlu memiliki kelayakan berikut :

a) Lantikan Ke Jururawat Gred U29

  • Memiliki diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Lulus subjek Bahasa Malaysia dengan kepujian sekurang-kurangnya gred C dalam Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

b) Lantikan Ke Jururawat Gred U41

  • Memiliki ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang kejururawatan daripada institusi pengajian tinggi tempatan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Lulus subjek Bahasa Malaysia dengan kepujian sekurang-kurangnya gred C dalam Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas

Tanggungjawab dan skop kerja Jururawat termasuklah:

a) Jururawat Gred U29

Tugas-tugas Jururawat Kesihatan

  • Perawatan Kesihatan Keluarga
    • Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak.
    • Perkhidmatan lawatan ke rumah.
    • Perkhidmatan kesihatan di sekolah.
    • Perkhidmatan perancang keluarga.
    • Pendidikan kesihatan.
  • Latihan
    Membantu dalam mengajar pelbagai kategori pelatih separa perubatan semasa latihan mereka.
  • Menyelia
    • Menyelia pekerja-pekerja Auxilliary dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan operasi.
    • Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.
  • Pentadbiran
    • Mentadbir klinik.
    • Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah.
    • Menyimpan rekod-rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam kawasan operasi.
    • Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan.
  • Tugas-tugas Jururawat Di Hospital
    • Penjagaan Pesakit
      • Mengurus dan melayan makan minum pesakit.
      • Mengurus dan menjaga kebersihan pesakit.
      • Penjagaan dan merawat ibu selepas bersalin.
      • Penjagaan dan merawat bayi selepas kelahiran.
    • Membantu Doktor dalam menjalankan tugas-tugas perawatan.
    • Menyelia Penolong Jururawat, Bidan dan kakitangan bawahan.
    • Membantu Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih-pelatih.
    • Rawatan-rawatan lain mengikut arahan.

b) Jururawat Gred U41

  • Fungsi Klinikal/Penguatkuasaan
    • Pemantauan Kejururawatan
    • Mengawalselia perawatan dengan melakukan rondaan ke wad/klinik/unit berjadual untuk memantau keberkesanan perawatan, peralatan dan keselamatan pelanggan.
  • Fungsi Pengurusan dan Penyeliaan
    • Merancang perkhidmatan kejururawatan dan perawatan selari dengan aliran sains dan teknologi juga konsep terkini.
    • Menyelia pembentukan dan pembangunan kerjaya kejururawatan melalui latihan dan kursus dalam perkhidmatan, penyelidikan dan pembangunan.
  • Kawalan Mutu
    • Merancang lawatan penyeliaan untuk memastikan amalan kejururawatan dijalankan mengikut piawaian.
    • Memastikan perawatan dilakukan berpandukan Standard Operating Procedures (SOP) - menentukan protokol dan garis panduan dalam prosedur kejururawatan dipraktikkan.
  • Latihan Kejururawatan
    Merancang dan menyelaras kursus/latihan amali anggota kejururawatan di antara kolej dan diperingkat negeri.

Anda juga boleh membaca maklumat tentang jawatan Jururawat di laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. [ Klik Sini ]