Juruteknologi Pergigian

Share Artikel

Anda ingin menjadi seorang Juruteknologi Pergigian? Berikut kami kongsikan sedikit maklumat mengenai jawatan ini.

Gred: U29
Kumpulan: Pelaksana
Kementerian: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tangga Gaji

Tangga gaji Juruteknologi Pergigian yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Gred Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
U29 RM1797 RM5753 RM145

Syarat Lantikan

Untuk dilantik menjawat jawatan Juruteknologi Pergigian, anda perlu memiliki kelayakan berikut :

a) Lantikan Ke Gred U29

  • Mesti seorang warga negara Malaysia.
  • Mesti berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memiliki diploma dalam bidang teknologi pergigian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Lulus subjek Bahasa Malaysia dengan kepujian sekurang-kurangnya gred C dalam Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

b) Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai yang berhidmat sebagai Pembantu Pembedahan Pergigian layak dipertimbangkan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Juruteknologi Pergigian Gred U29 oleh Pihak Berkuasa Melantik.

Pelantikan ini tertakluk kepada kekosongan jawatan dan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan serta:

  • Memenuhi syarat kelayakan untuk lantikan.
  • Memenuhi had umur pelantikan
    • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun. Atau
    • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun. Atau
    • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas

Tanggungjawab dan skop kerja Juruteknologi Pergigian termasuklah:

a) Juruteknologi Pergigian Gred U29

Merangka, memproses dan menghasilkan aplians prostetik, ortodonik, maksilofasial dan restoratif berdasarkan prosedur amalan pergigian yang unggul mengikut jenis bahan akrilik, logam, seramik dan komposit mencukupi aplians berikut:

  • Prostetik
    • Dentur Penuh
    • Dentur Sebahagian
  • Konservatif
    • Korona
    • Inlai
    • Onlai
    • Jambatan (Bridge)
  • Ortodontik
    • Aplians Boleh Tanggal
    • Aplians Fungsi
    • Komponen-komponen Aplians Tetap
  • Maksilofasial
    • Obturator
    • Splin
  • Memperbaiki dan mengubahsuai Aplians kes-kes berikut:
    • Aplians Terfraktur (Fractured Applainces)
    • Penambahan Unit Aplians
    • Lapis Semula (Relining)
    • Landas Semula (Rebasing)
    • Mereplika dentur penuh
  • Merekabentuk Aplians
    Merangka bersama-sama dengan Pegawai Pergigian dan/atau Pakar Pergigian di dalam surgeri secara terus mengenai pembuatan kes-kes aplians kepada pesakit tertentu.
  • Menyelenggara dan memperbaiki kelengkapan pergigian
    • Menyelenggara kelengkapan pergigian sesuai dengan prinsip penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance).
    • Memperbaiki kelengkapan pergigian yang rosak.
    • Melaksana pemasangan kelengkapan pergigian.
  • Pengurusan
    • Kelengkapan Pergigian
      • Mengurus penyelnggaraan dan pembaikan kelengkapan yang tidak boleh dilaksanakan oleh Juruteknik Pergigian yang memerlukan kepakaran swasta.
      • Menyelia pemasangan kelengkapan pergigian.
      • Menilai kelengkapan pergigian untuk menentukan cost effective
      • Memberi tunjuk ajar di dalam pengendalian kelengkapan pergigian.
      • Memberi khidmat nasihat teknikal.
    • Stor
      • Menilai dan menguji bahan pergigian untuk menentukan cost effective.
      • Mengurus perolehan kelengkapan dan bahan untuk memastikan bahan-bahan kelengkapan menepati spesifikasi yang ditetapkan.

Anda juga boleh membaca maklumat tentang jawatan Juruteknologi Pergigian di laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. [ Klik Sini ]