Kerjaya Juru X-Ray

Juru X-Ray

Share Artikel

Anda ingin menjadi seorang Juru X-Ray? Berikut kami kongsikan sedikit maklumat mengenai jawatan ini.

Gred: U29, U32, U36, U41
Kumpulan: Pelaksana / Pengurusan dan Profesional
Kementerian: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tangga Gaji

Tangga gaji Juru X-Ray yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

GredGaji MinimumGaji MaksimumKadar Kenaikan
U29RM1797RM5753RM145
U32RM2331RM6394RM155
U36RM3590RM7605RM180
U41RM2429RM9656RM225

Syarat Lantikan

Untuk dilantik menjawat jawatan Juru X-Ray, anda perlu memiliki kelayakan berikut :

a) Lantikan Ke Juru X-Ray Gred U29

  • Memiliki diploma dalam bidang radiografi, pengimejan perubatan, radioterapi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Lulus subjek Bahasa Malaysia dengan kepujian sekurang-kurangnya gred C dalam Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

b) Lantikan Ke Juru X-Ray Gred U41

  • Memiliki ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pengimejan diagnostik dan radioterapi, pengimejan perubatan, radiografi, radioterapi atau bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Lulus subjek Bahasa Malaysia dengan kepujian sekurang-kurangnya gred C dalam Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas

Tanggungjawab dan skop kerja Juru X-Ray termasuklah:

a) Juru X-Ray Gred U29

  • Tanggungjawab klinikal
  • Aspek pengurusan organisasi
  • Perlindungan sinaran terhadap pesakit, orang awam dan staf.
  • Memastikan kualiti selaras dengan garis panduan MS ISO 9002.
  • Pendidikan dan latihan
  • Teknologi terkini :
    • Pengimejan diagnostik dengan menggunakan sinaran mengion/tidak mengion, medan magnet, ultrabunyi dan denyutan elektronik (digital).
    • Rawatan dengan penggunaan sinaran mengion.

b) Juru X-Ray Gred U41

  • Fungsi Klinikal/Penguatkuasaan
    • Menyemak dan meneliti permohonan pemeriksaan radiografi dan menentukan projeksi.
    • Memberi penerangan yang jelas kepada pesakit tentang pemeriksaan dan persediaan yang diperlukan mengikut arahan yang ditetapkan.
  • Fungsi Penjagaan Peralatan dan Kawalan Mutu
    • Menggunakan pengetahuan elektronik basik dan fizik dalam tugas radiografi seperti membuat trouble-shooting jika perlu sebelum melaporkan kerosakan.
    • Menjalankan ujian peralatan mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Fungsi Pengurusan
    • Memantau dan memastikan pengekalan mutu perkhidmatan radiologi yang tinggi.
  • Latihan dan Penyelidikan
    • Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelatih Juru X-Ray semasa penempatan klinikal.
    • Menyelaras aktiviti penyelidikan yang dikenalpasti dengan menyediakan bahan literature review dan menyediakan metodologi penyelidikan dan informasi berkaitan teknik penyelidikan.
  • Tugas-Tugas Sokongan
    • Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan ketua jabatan dan pegawai atasan.

Anda juga boleh membaca maklumat tentang jawatan Juru X-Ray di laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. [ Klik Sini ]