30 Contoh Soalan Temuduga Separa Perubatan SPA

Share Artikel

Tahniah kerana anda berjaya dalam Peperiksaan Online Separa Perubatan. Sekarang anda sudah boleh membuat persiapan untuk sesi temuduga SPA pula.

Dalam artikel ini, kami kongsikan 30 contoh soalan temuduga Separa Perubatan kepada anda.

Ini hanya soalan contoh dan bukan soalan bocor!

Bagaimana Cara buat Persediaan Temuduga Separa Perubatan?

Dalam temuduga SPA, penemuduga akan bertanya soalan yang merangkumi beberapa aspek. Ia merangkumi:

  • Latar belakang & kelayakan calon
  • Jawatan yang dipohon & berkaitan dengan SPA
  • Penyakit dan langkah pencegahan
  • Isu semasa dalam & luar negara
  • Dan lain-lain

Untuk mencari maklumat mengenai KKM dan maklumat mengenai jawatan, anda boleh terus rujuk di website rasmi KKM dan SPA. Berikut adalah link website rasmi mereka:

[Link]: Laman Web SPA
[Link]: Laman Web KKM

Tapi bagaimana pula jika anda nak mengkaji isu semasa dalam dan luar negeri?

Mudah.

Baca saja akhbar-akhbar utama.

Tak kisahlah surat khabar yang anda beli di kedai ataupun berita yang anda baca secara online. Kelebihan baca berita online, anda boleh gunakan fungsi arkib website mereka.

Jadi lebih mudah untuk anda melihat topik hangat secara sepintas lalu.

30 Contoh Soalan Temuduga SPA

Antara soalan-soalan yang boleh ditanyakan oleh panel penemuduga adalah seperti berikut:

  • Sila perkenalkan diri dan latarbelakang anda.
  • Apakah aktiviti ko-kurikulum yang anda pernah sertai semasa di sekolah dan di kolej?
  • Berikan 3 sebab mengapa anda berminat dengan latihan Separa Perubatan?
  • Berdasarkan kelulusan anda, adakah anda memiliki kelayakan seperti yang digariskan oleh SPA?
  • Apakah faedah bekerja sebagai penjawat awam?

Baca: [ Cara Memperkenalkan Diri Ketika Temuduga ]

  • Namakan 3 kolej latihan Separa Perubatan yang anda tahu.
  • Daripada kesemua bidang yang ditawarkan, bidang manakah yang menjadi keutamaan anda?
  • Apakah perbezaan antara klinik 1 Malaysia dengan klinik harian?
  • Namakan 3 jabatan yang terdapat di hospital kerajaan?
  • Sila terangkan skop kerja seorang juruteknologi makmal perubatan.
  • Siapakah nama Menteri Kesihatan Malaysia?
  • Siapakah nama Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia?
  • Apakah itu Ebola? Apakah simptom-simptom Ebola?
  • Berikan 3 contoh penyakit yang disebabkan oleh air yang tercemar.
  • Namakan 3 kempen kesihatan yang pernah dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Baca: [ Kenapa Fresh Graduate Temuduga? ]

  • Apakah penyakit yang disebabkan oleh pengambilan gula yang berlebihan?
  • Apakah punca keracunan makanan?
  • Berapakah kadar nadi normal?
  • Huraikan kedudukan makanan yang terendah dan yang tertinggi dalam piramid makanan.
  • Apakah misi dan visi KKM?
  • Apa yang anda faham tentang integriti?
  • Apakah 3 kelebihan diri anda berbanding calon-calon Separa Perubatan yang lain?
  • Bagaimana anda mengatasi kelemahan diri anda?
  • Apakah itu key performance indicator (kpi)?
  • Apakah peranan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)?

Baca: [ Prospek Kerjaya Jururawat KKM ]

  • Apakah kelebihan kerjaya Separa Perubatan berbanding kerjaya lain?
  • Bagaimanakah cara untuk mencegah denggi?
  • Apakah cadangan anda untuk meningkatkan kesedaran kesihatan dikalangan rakyat Malaysia?
  • Berikan contoh kerja kebajikan yang pernah anda lakukan?
  • Apakah pencapaian diri anda yang dibanggakan dan boleh memberi inspirasi kepada orang lain?

Selamat Membuat Ulangkaji

Ambil peluang dan buat persiapan rapi dari awal. Sediakan apa yang diperlukan. Baca apa yang patut dibaca.

Kami doakan anda berjaya dalam sesi temuduga nanti.

Rujukan Cadangan

Untuk mohon kerja kerajaan anda perlu bersaing dengan ramai calon. Kami cadangkan ebook rujukan berikut bagi membantu anda membuat persiapan. Klik gambar ebook untuk download preview copy percuma.