Cara Memperkenalkan Diri Ketika Temuduga
Kebiasaannya sebelum bertanya dengan lebih lanjut tentang anda, penemuduga akan meminta anda untuk memperkenalkan diri terlebih dahulu.
Kesilapan yang biasa dilakukan oleh mereka yang baru bergraduasi ialah mereka menjawab soalan ini meleret-leret. Tetapi jawapan yang mereka beri tidak relevan dengan jawatan yang dipohon.
Baca: [ Cara Jawab Soalan Temuduga Dalam Bahasa Inggeris ]
Berikan Butir Diri Berkaitan
Ketika sesi temuduga, anda sebenarnya sedang diuji dan semua tindak tanduk anda akan diperhatikan. Gunakan peluang ketika memperkenalkan diri ini bagi menunjukkan imej positif anda kepada bakal majikan.
Antara butir-butir yang boleh diceritakan ialah:
- Nama
- Asal
- Umur
- Lulusan
- Tahun bila bergraduasi?
- Aktif dalam sekolah/kolej/pejabat/persatuan
- Pengalaman kerja & sebab berhenti
Bagi graduan yang tiada pengalaman bekerja, anda juga boleh cerita tentang pengalaman kerja part-time yang anda lakukan.
Mungkin pernah bekerja di pasar malam? Anda boleh ceritakan pengalaman itu. Atau mungkin ceritakan pengalaman anda terlibat dalam aktiviti menguruskan aktivi kelab dan persatuan.
Tetapi bagaimana pula jika anda tak pernah bekerja?
Pengalaman kerja part-time pun tak ada?
Jika anda tiada pengalaman kerja, anda boleh menjawab dengan jujur. Berterus terang bahawa anda tidak mempunyai sebarang pengalaman kerja.
Penemuduga mahu mengenali diri anda.
Ambil masa beberapa minit untuk ceritakan perihal diri anda. Misalnya, anda boleh ceritakan tentang hobi yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
Baca: [ Tips Memilih Pakaian Untuk Temuduga Kerja ]
Contoh Jawapan Cara Memperkenalkan Diri
Nama saya Ali bin Abdullah. Bulan lapan tahun ini, usia saya genap 21 tahun. Saya berasal dari Negeri Sembilan dan sekarang saya tinggal di Ampang dengan kakak saya.
Saya baru bergraduasi dalam bidang Diploma Sains Komputer pada hujung tahun lepas.
Saya tiada pengalaman bekerja lagi. Tetapi pada masa lapang saya belajar membuat laman web dan ada menolong pakcik saya membuat laman web untuk produk yang dijualnya.
Baca: [ Jenis-Jenis Temuduga Yang Perlu Anda Tahu ]
Cakap Dengan Yakin Dan Jelas
Sentiasa pamerkan keyakinan diri anda kepada bakal bajikan. Tetapi jangan pula sampai over-confident. Ini boleh menjengkelkan bakal majikan anda.
Bercakap menggunakan bahasa yang betul. Jangan gunakan bahasa pasar. Percakapan juga perlu jelas dan teratur. Sebaiknya praktis menjawab soalan dihadapan cermin. Perhatikan juga body language anda.
Jadi Lebih Fleksibel
Artikel ini hanyalah satu panduan. Jangan terlalu rigid, anda boleh menjadi lebih fleksibel ketika sesi temuduga. Ubah mengikut kesesuaian.
Semoga artikel ini sedikit sebanyak membantu anda ketika menghadapi temuduga anda nanti.
Baca: [ Kenapa Calon Gagal Temuduga Kerja? ]