Apa Prospek Kerjaya Anda Sebagai Seorang Jururawat Kerajaan?

Share Artikel

Anda mesti tertanya-tanyakan?

Apa peluang kerjaya apabila anda menjadi seorang jururawat di sektor kerajaan? Ada peluang ke untuk melanjutkan pelajaran?

Apabila anda berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, anda boleh mendalami dan menambah pengetahuan bidang kejururawatan dengan Latihan Dalam Perkhidmatan.

Anda juga berpeluang untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan berpeluang untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan.

Latihan Dalam Perkhidmatan

Berikut adalah antara Latihan Dalam Perkhidmatan yang ditawarkan oleh KKM:

Kursus asas/pengkhususan dalam bidang

  • Forensik
  • Kebidanan
  • Kecemasan
  • Anaesthesia
  • Kejururawatan Kes Awam
  • Perawatan Gerontologi
  • Perawatan Koronari
  • Perawatan Neonat
  • Perawatan Onkologi
  • Perawatan Oftalmik
  • Perawatan Ortopedik
  • Perawatan Pediatrik
  • Perawatan Perioperatif
  • Perawatan Psikiatri
  • Perawatan Rapi
  • Perubatan Sukan
  • Pengurusan Diabetes
  • Perawatan Neurosains
  • Perawatan Otorinolaringologi
  • Gastrointestinal Endoscopy
  • Penjagaan Kesihatan Primer
  • Perawatan Perianestesia
  • Perawatan Rehabilitasi
  • Kawalan Infeksi

Menyambung Pengajian Di Peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana

Selepas berkhidmat dengan KKM selama 5 tahun, anda boleh memohon untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di universiti tempatan.

Ketika pengajian, anda layak untuk mendapat cuti belajar separuh gaji. Anda juga boleh menyambung pengajian secara sepenuh masa, separuh masa atau pengajian jarak jauh.

Laluan Kerjaya

Setiap orang mempunyai laluan kerjaya yang berbeza. Walau laluan mana pun yang anda ikut, kami doakan anda selamat tiba ke destinasi akhirnya.

Semoga anda berjaya dalam bidang kejururawatan!

Rujukan Cadangan

Apa pilihan anda selain jadi jururawat kerajaan? Anda boleh jadi jururawat peribadi atau jururawat swasta. Semua ini ada didedahkan dalam rujukan Kerjaya Jururawat.

Klik gambar ebook untuk maklumat lanjut.