Tips Penting Peperiksaan Online SPA Yang Anda Perlu Tahu!

Share Artikel

Anda akan menghadiri peperiksaan online SPA tak lama lagi ke? Kami ucapkan tahniah dan selamat berjaya!

Kami ingin kongsikan beberapa tips penting pada hari peperiksaan online SPA.

Semoga ia akan membantu anda sedikit sebanyak.

Tips Penting Peperiksaan Online SPA

Mungkin ada perkara yang anda rasakan remeh-temeh. Tetapi bercaya atau tidak, perkara itu memang ada berlaku. Kami kongsikan kepada anda supaya anda dapat ambil pengajaran.

Link Peperiksaan Online

Link peperiksaan online SPA sangat penting. Link peperiksaan link tidak sama. Walaupun anda mendaftar bersama-sama, link peperiksaan online anda mungkin berbeza.

Oleh itu, apabila anda menerima maklumat link peperiksaan, bookmark link tersebut.

Tanpa link itu anda tidak dapat memasuki peperiksaan. Anda akan gagal tanpa sempat mencuba terlebih dahulu.

"Gagal sebelum peperiksaan."

Baru-baru ini, ada calon Separa Perubatan yang menghantar emel mengatakan dia tidak boleh menyemak link peperiksaannya. Disebabkan itu dia tidak dapat masuk ke peperiksaan online.

Calon itu terpaksa menunggu panggilan SPA yang lain!

Masuk Peperiksaan Lebih Awal

Peperiksaan online SPA sama sahaja seperti peperiksaan bertulis. Anda perlu datang awal supaya anda dapat memastikan sistem peperiksaan anda berfungsi dengan baik.

Jikalau ada berlaku gangguan pun anda masih mempunyai masa untuk mengambil inisiatif bagi mengatasi masalah yang berlaku.

Apabila anda masuk lewat, anda akan kelam-kabut.

Pilih Lokasi Sever Paling Dekat Dengan Anda

Ketika anda mahu memasuki peperiksaan, sistem akan bertanya tentang lokasi anda. Ia bertujuan supaya anda boleh mengambil peperiksaaan online dengan server yang paling dekat.

Jadi ketika login, apabila ditanyakan tentang lokasi, anda tahu apa yang perlu dilakukan?

Pastikan anda pilih server yang lokasinya paling hampir dengan lokasi anda ketika mengambil peperiksaan.

Simpan Nombor Telefon SPA

Kita mahu yang terbaik!

Begitu juga dengan pihak SPA, mereka juga mahu yang terbaik untuk anda!

Tetapi kadang-kala ada juga perkara yang tidak diduga berlaku.

Sebab itulah anda perlu menyimpan nombor telefon SPA. Supaya kita berlaku kecemasan yang tidak diduga, anda boleh meminta support dari SPA.

Apabila anda menyimpan nombor telefon SPA dan masuk ke peperiksaan awal, anda masih sempat melakukan sesuatu.

Tetapi jikalau anda masuk ke peperiksaan lewat, agak-agak apa yang boleh anda buat?

Tepuk dada tanya hati seberapa kuat anda ingin kerja kerajaan.

Jawab Secepat Mungkin

Setiap seksyen peperiksaan mempunyai tempoh masa menjawab yang tertentu. Anda perlu jawab secepat yang boleh. Apabila ada soalan yang anda tidak tahu, skip dahulu soalan tersebut!

Ada soalan matematik?

Terus tekan kalkulator!

Secara purata, anda ada masa kurang 1 minit untuk menjawab setiap soalan.

Pastikan Talian Internet Stabil

Nama pun peperiksaan online kan? Mestilah internet sangat penting.

Pastikan talian internet anda stabil. Semak pakej data anda dan pastikan ia lebih dari cukup!

Jangan nanti internet terputus tiba-tiba ketika anda sedang kusyuk menjawap soalan peperiksaan.

Jikalau perlu pinjam guna internet jiran sebelah, pinjamlah. Tetapi anda perlu minta izin mereka dahulu.

Barulah berkat!

Jikalau anda anda abang, kakak, atau adik yang kaki download, minta kerjasama mereka untuk "pause" sebentar aktiviti download mereka.

Peka Dengan Pengumuman SPA

Tips ini kami letak akhir sekali.

Mohon sangat supaya anda peka dengan sebarang pengumuman SPA.

Sebab ada kala, anda diminta untuk mengulang semula peperiksaan online SPA yang anda telah ambil. Lebih-lebih lagi jika ramai calon membuat aduan yang mereka mengalami masalah teknikal kepada SPA.

Mohon ikuti perkembangan di FB page SPA.

Klik: [ Fanpage Rasmi SPA Malaysia ]

Akhir Sekali

Anda telah usaha buat yang terbaik. Selebihnya serahkan kepada tuhan. Berdoa dan bertawakal.

Rujukan Cadangan

Untuk mohon kerja kerajaan anda perlu bersaing dengan ramai calon. Kami cadangkan ebook rujukan berikut bagi membantu anda membuat persiapan. Klik gambar ebook untuk download preview copy percuma.