15 Contoh Soalan Temuduga Pembantu Penguasa Kastam Gred W17

Share Artikel

Anda akan menghadiri temuduga SPA untuk jawatan Pembantu Penguasa Kastam gred W17? Kami ada berita baik untuk anda.

Dalam artikel ini kami akan kongsikan beberapa contoh soalan temuduga pembantu penguasa kastam gred W17.

Kami tidak ada kaitan dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Ini hanya contoh soalan. Ia bukan soalan bocor.

Berikut adalah contoh soalan yang boleh ditanyakan oleh panel penemuduga kepada calon Pembantu Penguasa Kastam.

Antara soalannya ialah:

  • Apakah pekerjaan anda sekarang?
  • Apakah kelebihan yang anda miliki berbanding calon lain?
  • Terangkan tentang tanggungjawab dan skop kerja Pembantu Penguasa Kastam?
  • Boleh anda ceritakan secara ringkas prosedur untuk mengimport & mengeksport barangan?
  • Pada pandangan anda apakah langkah yang perlu diambil untuk mencegah aktiviti penyeludupan?

Baca: [ Cara Memperkenalkan Diri Ketika Temuduga ]

  • Apa yang anda faham tentang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)?
  • Apa yang anda faham tentang kawasan zon bebas cukai?
  • Jabatan Kastam Diraja Malaysia bernaung di bawah kementerian mana?
  • Siapakah menteri yang menerajui kementerian tersebut?
  • Selain dari berbahasa Melayu, apakah bahasa lain yang anda boleh?
  • Anda boleh berbahasa Inggeris? Jawab soalan berikut dalam bahasa Inggeris. Terangkan fungsi Jabatan Kastam Diraja Malaysia?
  • Jika ditawarkan bekerja di Sabah, Sarawak atau Labuan, adakah anda sanggup?
  • Jika diterima menjawat jawatan sebagai Pembantu Penguasa Kastam Gred W17, apakah sumbangan yang boleh anda berikan kepada jabatan?
  • Adakah anda pernah menghadiri seisi temuduga jawatan kerajaan sebelum ini?
  • Jika YA, apakah faktor yang menyebabkan anda tidak berjaya dalam sesi temuduga tersebut?

Baca: [ Apa Sebab Fresh Graduate Temuduga Kerja? ]

Dalam contoh soalan di atas, soalannya banyak berkaitan dengan skop dan bidang tugas seorang Pembantu Penguasa Kastam.

Anda boleh mendapatkan maklumat terkini Kastam di laman web Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

http://www.customs.gov.my

Anda sudah Bersedia?

Kami harap artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam menghadapi temuduga Pembantu Penguasa Kastam.

Rujukan Cadangan

Untuk mohon kerja kerajaan anda perlu bersaing dengan ramai calon. Kami cadangkan ebook rujukan berikut bagi membantu anda membuat persiapan. Klik gambar ebook untuk download preview copy percuma.