Bagaimana Cara Mohon Kerja Kosong Kerajaan?

Share Artikel

Pernah tak, waktu anda nak habis belajar dulu, ramai kawan-kawan anda suruh isi borang SPA8i?

Habis kecoh!

Sebabnya, inilah!

Mereka mahu kerja kerajaan.

Anda boleh mohon kerja kerajaan menggunakan 2 cara. Cara pertama, anda mohon kerja kerajaan melalui SPA. Cara kedua pula anda mohon kerja kerajaan tanpa melalui SPA.

Cara mohon kerja kerajaan tanpa melalui SPA ini jarang orang kongsi.

Ringkasnya, anda perlu memohon melalui agensi-agensi kerajaan. Ada lebih dari 200 agensi kerajaan yang anda boleh mohon kerja. Anda boleh search Google agensi-agensi ini.

Dalam artikel ini kami hanya akan mengulas cara pertama sahaja iaitu memohon kerja kerajaan melalui SPA.

Baca: [ Kenapa Fresh Graduate Gagal Temuduga Kerja? ]

Mohon Kerja Kerajaan Melalui SPA?

Untuk mendapat pekerjaan di sektor awam melalui SPA, anda perlu mendaftar akaun SPA8i. Kemudian anda perlu mohon jawatan yang anda inginkan melalui sistem SPA8i.

Setiap permohonan hanya sah untuk tempoh 1 tahun.

Anda boleh memohon sehingga 15 jawatan sahaja pada satu-satu masa. Dan anda tertakluk kepada syarat kelayakan "one step lower".

Contoh:

Sekiranya anda seorang pemegang ijazah sarjana muda. Anda hanya boleh memohon jawatan dengan syarat kelayakan ijazah dan diploma sahaja.

Sekiranya anda seorang pemegang diploma. Anda hanya boleh memohon jawatan dengan syarat kelayakan diploma dan spm sahaja.

Dan begitu juga untuk kelayakan yang lain.

Proses Mendapat Pekerjaan Dalam Sektor Awam

Untuk menjadi seorang penjawat awam, anda perlu melalui beberapa proses. Iaitu:

  1. Daftar akaun SPA8i.
  2. Mohon jawatan dalam sistem SPA8i.
  3. Lulus ujian online SPA.
  4. Lulus ujian psikometrik SPA.
  5. Lulus ujian pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan.
  6. Lulus temuduga SPA.

Ujian pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan hanya perlu diambil oleh calon yang memohon jawatan tertentu sahaja.

Bagaimana mendaftar akaun baru SPA8i?

Langkah Mendaftar Akaun Baru SPA8i

Pendaftaran SPA8i boleh dilakukan secara online. Pendaftaran adalah percuma. Anda boleh guna mana-mana link di bawah untuk mendaftar.

Jika anda pernah mendaftar SPA8i, anda hanya perlu kemaskini permohonan anda sahaja dan pastikan maklumat anda adalah up-to-date terutamanya emel anda.

Cuba anda baca komen di Facebook page SPA, ramai calon mengeluh kerana terlepas peluang mengambil peperiksaan online SPA.

Sebabnya...?

Mereka jarang buka dan semak emel.

Jadi pastikan anda dinasihatkan supaya guna emel yang anda selalu semak supaya tidak terlepas sebarang makluman terbaru oleh SPA.

Cara Mendaftar Borang SPA8i

Tonton video di bawah untuk melihat cara daftar akaun SPA8i dengan betul.

Baca: [ Tips Menghadapi Peperiksaan Online SPA ]

Peperiksaan Online SPA

Oleh kerana terlalu ramai calon, kerajaan perlu ada mekanisma untuk menapis dan reject calon yang tidak layak. Sebenarnya tapisan peringkat pertama bermula dari saat anda memohon jawatan lagi.

Jika anda tidak baca syarat kelayadan dan tersilap pilih jawatan, anda akan di reject awal-awal.

Bayangkan, yang memohon bukan ribu-ribu. Tapi puluh-puluh dan ratus-ratus ribu calon. Dan jumlah ini pula semakin meningkat setiap tahun.

Mereka ini semuanya adalah pesaing anda.

Calon yang memenuhi kelayakan memohon akan ke proses tapisan seterusnya pula iaitu Peperiksaan Online SPA.

Lebih dari separuh calon akan gagal di sini. Ramai yang kurang membuat persediaan awal sebab mereka tidak ambil serius dan menganggap peperiksaan online SPA adalah mudah.

Mereka silap.

Hakikatnya, ujian online SPA tidak semudah yang mereka sangka.

Ujian Psikometrik

Dalam peperiksaan online SPA, anda juga perlu mengambil ujian psikometrik. Dan salah satu komponen dalam ujian psikometrik ini anda perlu menyelesaikan soalan matematik.

Bukan nak menakut-nakutkan anda. Tepi memang ramai yang terkandas sebab tak cukup persediaan.

Walaupun dalam ujian psikometrik tiada jawapan betul atau salah.

Anda perlu faham setiap jawatan memerlukan calon dengan ciri-ciri tertentu. Dan perkara ini dapat dinilai melalui ujian psikometrik.

Satu lagi, memang sukar untuk anda menipu personaliti dan perwatakan anda dalam ujian psikometrik. Anda perlu menjawab banyak soalan dalam waktu yang singkat.

Anda tidak akan sempat nak berfikir pun.

Sebab anda ada kurang dari 1 saat untuk menjawab 1 soalan.

Kunci kepada ujian psikometrik spa adalah konsisten. Jika jawapan anda tidak konsisten, ia bermaksud anda tidak jujur menjawab soalan dan ini boleh dikesan.

Cara Menjawab Soalan Peperiksaan Online SPA

Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan

Bergantung kepada jawatan yang anda mohon, ada jawatan yang memerlukan anda menghadiri pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan terlebih dahulu.

Selepas lulus pemeriksaan ini barulah anda akan diminta mengambil ujian psikometrik sebelum anda ditemuduga pula.

Contoh jawatan yang memerlukan pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan ialah:

  • Penguasa Penjara KX41
  • Penguasa Bomba KB41
  • Pegawai Keselamatan KP41
  • Pegawai Penguatkuasa N41
  • Pegawai Kesatria S41
  • Pegawai Pertahanan Awam KP41

Temuduga SPA

Dalam peperiksaan online, anda tidak diawasi oleh sesiapa pun. Anda boleh buat apa sahaja supaya anda lulus peperiksaan tersebut.

Tetapi dalam temuduga SPA, anda akan ditemuduga oleh panel penemuduga yang dilantik SPA secara berdepan.

Pada peringkat ini persediaan yang lebih rapi diperlukan.

Anda tak mahu gagal temuduga kerja kerajaan akibat benda yang remeh-temeh bukan?.

Bayangkan;

  • Ada calon yang terlupa membawa resume.
  • Ada calon yang bawa resume tetapi maklumat dalam resume tidak sesuai dengan jawatan yang dipohon.
  • Ada calon yang bawa resume tetapi terlalu tebal.
  • Ada calon yang tergagap-gagap kitika hendak menjawab soalan sebab tidak tahu cara untuk menjawap soalan.
  • Ada calon yang memakai pakaian yang tidak sesuai.

Ada macam-macam keranah.

Percaya tak?

Ada calon yang datang temuduga kerja tanpa memakai kasut bertutup. Ini mungkin kes terpencil. Tetapi menunjukkan betapa pentingnya untuk anda membuat persediaan.

Selepas melalui banyak proses, sekiranya anda berjaya melepasi temuduga SPA dan lulus temuduga SPA, anda sudah boleh tersenyum lebar.

Insyaallah, jika ada rezeki, anda akan dapat kerja dengan kerajaan.

Semoga Berjaya

Sekarang anda sudah pun mengetahui cara untuk mendapat kerja kerajaan melalui SPA. Kami doakan anda berjaya mendapat pekerjaan dalam sektor awam, kerja kerajaan idaman anda.

Rujukan Cadangan

Untuk mohon kerja kerajaan anda perlu bersaing dengan ramai calon. Kami cadangkan ebook rujukan berikut bagi membantu anda membuat persiapan. Klik gambar ebook untuk download preview copy percuma.