Apa Jenis-Jenis Temuduga Yang Anda Perlu Tahu?

Apa Jenis-Jenis Temuduga Yang Anda Perlu Tahu?

Share Artikel

Sebelum anda pergi ke temuduga, elok anda ambil tahu terlebih dahulu jenis-jenis temuduga kerja. Apabila anda mengetahui jenis-jenis temuduga ini, anda akan dapat membuat persediaan awal dengan lebih baik.

Antara jenis-jenis temuduga adalah:

  • Temuduga tradisional
  • Temuduga sikap
  • Temuduga berkumpulan
  • Temuduga makan tengah hari

Temuduga Tradisional

Temuduga tradisional diadakan secara bersemuka antara anda dengan bakal majikan. Anda akan bertemu sendiri dengan seorang wakil dari syarikat yang dipohon.

Oleh sebab anda akan bekerja dengan individu yang bakal membantu anda mendapatkan kerja tersebut, beliau akan mendapatkan maklumat seperti kemahiran anda untuk disesuaikan dengan kriteria kerja.

Antara perkara-perkara yang disoal ialah:

  • Pengalaman kerja berdasarkan resume anda
  • Apa yang boleh anda sumbangkan kepada syarikat

Sebahagian besar penemuduga akan bertanya "Mengapa anda begitu berminat dengan jawatan ini?" atau "Beritahu saya tentang diri anda?"

Baca: [ Apa Punca Ramai Orang Gagal Temuduga Kerja Mereka? ]

Temuduga Sikap

Dalam temuduga sikap, penemuduga akan bertanyakan soalan berdasarkan situasi kerja yang anda pohon. Logik di sebalik temuduga sikap ini adalah untuk menilai prestasi anda menerusi pengalaman lepas menggunakan situasi yang sama.

Anda perlu boleh menduga soalan yang bakal ditanya apabila berkaitan dengan pengalaman kerja yang lepas dan bagaimana anda menghadapinya.

Penemuduga akan melihat bagaimana anda mengendalikan situasi yang diberikan dengan permasalahan yang perlu diselesaikan.

Temuduga Berkumpulan

Banyak syarikat yang mengendalikan temuduga dalam bentuk berkumpulan untuk membuat penilaian pantas terhadap peserta yang bakal diambil bekerja.

Ini memberi peluang kepada semua calon untuk belajar dengan pantas mengenai syarikat bakal majikan mereka. Biasanya panel temuduga akan membuat penerangan ringkas mengenai syarikat mereka.

Kemudian, mereka akan berbual dengan calon secara individu dan bertanyakan beberapa soalan.

Salah satu perkara penting yang bakal majikan perhatikan semasa temuduga berkumpulan ini ialah bagaimana anda berkomunikasi sesama calon temuduga. Sama ada anda bertindak sebagai pemimpin atau anda hanya lebih gemar menyelesaikan tugas yang diberikan.

Baca: [ Kenapa Fresh Graduate Gagal Temuduga Kerja? ]

Temuduga Makan Tengahari

Kebiasaannya, temuduga makan tengahari merupakan temuduga kedua selepas anda melepasi tapisan temuduga yang pertama. Anda akan dijemput untuk makan tengahari bersama dengan beberapa orang rakan kongsi dengan tujuan untuk mengenali anda dan bagaimana anda boleh menyesuaikan diri dengan mereka.

Ini adalah masa yang terbaik untuk anda bertanyakan soalan yang anda mahu tahu tentang syarikat atau posisi anda di syarikat tersebut.

Jadi sediakan soalan anda lebih awal sebelum bertemu dengan mereka.

Meskipun ada dihidangkan dengan makanan, temuduga tersebut tidaklah berkaitan dengannya. Usah memesan makanan yang mahal atau sukar untuk dimakan.

Anda tidak perlu menawarkan diri untuk belanja mereka makan tengah hari.

Kunyah makanan perlahan-lahan dan makan dengan suapan yang kecil supaya anda mudah menjawab soalan yang dilontarkan semasa menikmati makanan. Sukar untuk menjawab jika mulut anda penuh dengan makanan.

Kesimpulan

Tidak kira apa pun jenis temuduga yang bakal anda hadapi, lakukan persediaan yang sebaik mungkin supaya anda boleh menampilkan kehebatan diri anda untuk merebut jawatan yang ditawarkan.

Anda Perlukan Bahan Rujukan?

Kami cadangkan ebook kerjaya berikut bagi membantu anda membuat persediaan menghadapi temuduga kerja kerajaan dan juga temuduga kerja swasta. Klik gambar ebook untuk download preview copy percuma.