Penolong Pegawai Farmasi

Share Artikel

Anda ingin menjadi seorang Penolong Pegawai Farmasi? Berikut kami kongsikan sedikit maklumat mengenai jawatan ini.

Gred: U29
Kumpulan: Pelaksana
Kementerian: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tangga Gaji

Tangga gaji Penolong Pegawai Farmasi yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Gred Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
U29 RM1797 RM5753 RM145

Syarat Lantikan

Untuk dilantik menjawat jawatan Penolong Pegawai Farmasi, anda perlu memiliki kelayakan berikut :

a) Lantikan Ke Gred U29

  • Mesti seorang warga negara Malaysia.
  • Mesti berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memiliki diploma dalam bidang bidang farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Lulus subjek Bahasa Malaysia dengan kepujian sekurang-kurangnya gred C dalam Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas

Tanggungjawab dan skop kerja Penolong Pegawai Farmasi termasuklah:

a) Penolong Pegawai Farmasi Gred U29

  • Sebelum gedung ubat dibuka untuk perkhidmatan, Pembantu Farmasi memastikan kebersihan gedung ubat, khasnya di kaunter gedung ubat, kebersihan gelas-gelas sukatan dan semua alatan.
  • Memeriksa dan memenuhi semua botol-botol bancuhan yang kosong, pil-pil, losyen untuk penyediaan perkhidmatan di hari itu.
  • Pembahagian ubatan kepada pesakit dan memberi keterangan yang betul atas kegunaan ubat yang diberikan dengan bahasa yang difahami oleh pesakit.
  • Membekal campuran, losyen dan ointments kepada wad-wad dengan menentukan label-label dengan terang dan bersih.
  • Membantu Pembantu Farmasi Kanan di dalam pungutan hasil.
  • Membantu di dalam menyediakan stok-stok yang banyak seperti butir-butir campuran, losen, ointments dan membotolkan dengan segera untuk pembahagian.
  • Menjalankan kerja di gedung ubat atau klinik sebagaimana di arah oleh Penguasa Ahli Kimia Ubat untuk memastikan kelicinan perkhidmatan farmasi.

Anda juga boleh membaca maklumat tentang jawatan Penolong Pegawai Farmasi di laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. [ Klik Sini ]