Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

Share Artikel

Anda ingin menjadi seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran? Berikut kami kongsikan sedikit maklumat mengenai jawatan ini.

Gred: U29, U32, U36, U41
Kumpulan: Pelaksana / Pengurusan dan Profesional
Kementerian: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tangga Gaji

Tangga gaji Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Gred Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
U29 RM1797 RM5753 RM145
U32 RM2331 RM6394 RM155
U36 RM3590 RM7605 RM180
U41 RM2429 RM9656 RM225

Syarat Lantikan

Untuk dilantik menjawat jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, anda perlu memiliki kelayakan berikut :

a) Lantikan Ke Gred U29

  • Memiliki diploma dalam bidang kesihatan persekitaran yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Lulus subjek Bahasa Malaysia dengan kepujian sekurang-kurangnya gred C dalam Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

b) Lantikan Ke Gred U41

  • Memiliki ijazah sarjana muda dengan kepujian daripada institusi pengajian tinggi tempatan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Lulus subjek Bahasa Malaysia dengan kepujian sekurang-kurangnya gred C dalam Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

c) Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai yang berhidmat sebagai Pembantu Kesihatan Awam layak dipertimbangkan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 oleh Pihak Berkuasa Melantik.

Pelantikan ini tertakluk kepada kekosongan jawatan dan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan serta:

  • Memenuhi syarat kelayakan untuk lantikan.
  • Memenuhi had umur pelantikan
    • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun. Atau
    • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun. Atau
    • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas

Tanggungjawab dan skop kerja Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran termasuklah:

a) Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29

  • Pentadbiran
    • Menyelia dan menghantar laporan-laporan mengenai aktiviti yang dijalankan seperti pemeriksaan, penyiasatan, tindakan yang diambil dan pengawasan.
    • Menyelia dan melatih kakitangan di bawah jagaannya.
  • Menguatkuasakan undang-undang, peraturan dan undang-undang kecil di bawah Ordinan dan Enakmen yang berkaitan dengan kesihatan umum.
  • Menyiasat dan menyediakan laporan ke atas semua kes penyakit berjangkit.
  • Memeriksa dan mengawas bahan-bahan makanan di premis-premis makanan seperti restoran, kilang, rumah sembelih dan pasar.
  • Mengawasi kebersihan alam sekitar.
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan kesihatan umum seperti ceramah kepada Institusi Kerajaan dan Swasta Badan-badan Sukarela.

b) Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U41

Bertanggungjawab dalam merancang, mengurus dan menilai program:

  • Kawalan Penyakit (Penyakit Berjangkit, Penyakit Bawaan Vektor)
  • Keselamatan dan kualiti makanan.
  • Kawalan Mutu Air Minuman (KMAM)
  • Perundangan dan Penguatkuasaan
  • Pengurusan dan analisis data
  • Promosi kesihatan dan risiko komunikasi
  • Merancang keperluan sumber manusia, kewangan dan logistik
  • Penyelidikan dan pembangunan
  • Merancang program intervensi

Anda juga boleh membaca maklumat tentang jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. [ Klik Sini ]