Penolong Pegawai Perubatan

Share Artikel

Anda ingin menjadi seorang Penolong Pegawai Perubatan? Berikut kami kongsikan sedikit maklumat mengenai jawatan ini.

Gred: U29, U32, U36, U41
Kumpulan: Pelaksana / Pengurusan dan Profesional
Kementerian: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tangga Gaji

Tangga gaji Penolong Pegawai Perubatan yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Gred Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
U29 RM1797 RM5753 RM145
U32 RM2331 RM6394 RM155
U36 RM3590 RM7605 RM180
U41 RM2429 RM9656 RM225

Syarat Lantikan

Untuk dilantik menjawat jawatan Penolong Pegawai Perubatan, anda perlu memiliki kelayakan berikut :

a) Lantikan Ke Gred U29

  • Memiliki diploma dalam bidang pembantu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.
  • Lulus subjek Bahasa Malaysia dengan kepujian sekurang-kurangnya gred C dalam Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

b) Lantikan Ke Gred U41

  • Memiliki ijazah sarjana muda dengan kepujian daripada institusi pengajian tinggi tempatan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.
  • Lulus subjek Bahasa Malaysia dengan kepujian sekurang-kurangnya gred C dalam Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas

Tanggungjawab dan skop kerja Penolong Pegawai Perubatan termasuklah:

a) Penolong Pegawai Perubatan U29

  • Peranan Primer
    • Penjagaan Perubatan Primer
      • Memeriksa, mendiagnosis dan merawat penyakit yang ringan.
      • Memberikan pendidikan kesihatan berkaitan kepada individu, kumpulan dan masyarakat.
      • Mendispens, memesan dan menyimpan ubat-ubatan.
      • Membantu dalam program latihan paramedikal dan auksiliari kakitangan di bawah seliaannya.
      • Menyimpan semua rekod yang berkaitan dengan pendaftaran, penjagaan pesakit dan kematian.
    • Penjagaan Kemalangan Dan Kecemasan
      • Memberi rawatan awal dan segera serta sokongan bagi semua kes kecemasan dan merujukkan kes-kes berkenaan untuk pengendalian selanjutnya kepada Pegawai Perubatan.
      • Sebagai Ketua Pasukan Ambulan dan memberi rawatan kecemasan mengikut protokol yang telah ditetapkan.
    • Pentadbiran
      • Tugas-tugas penyeliaan kakitangan di bawah jagaannya serta memeriksa dan menyimpan alat pemulihan dan bekalan perubatan di Jabatan Pesakit Luar, Jabatan Kemalangan dan Kecemasan serta Ambulan.
      • Menguruskan bilik mayat dan pemeriksaan bedah siasat mayat di hospital.
  • Peranan Khusus
    • Penjagan khusus di unit-unit khas dan wad-wad seperti Unit Ortopedik, Psikoatrik, Kardiologi dan lain-lain.
    • Menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan pengendalian latihan di jabatan atau program tertentu.

b) Penolong Pegawai Perubatan Gred U41

  • Memberi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat dari aspek kuratif, pencegahan, promosi dan pemulihan dalam sistem perkhidmatan kesihatan di Malaysia.
  • Memberi rawatan kuratif, pencegahan serta perkhidmatan bantuan kecemasan di Pusat-pusat Kesihatan termasuk Dispensari Statik dan Bergerak, Jabatan Pesakit Luar dan Jabatan Kemalangan dan Kecemasan.
  • Memberi rawatan awal dan segera serta sokongan bagi semua kes kecemasan dan merujukkan kes-kes berkenaan untuk pengendalian selanjutnya kepada pegawai perubatan.

Anda juga boleh membaca maklumat tentang jawatan Penolong Pegawai Perubatan di laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. [ Klik Sini ]