Pembantu Antidadah

Share Artikel

Anda ingin menjadi seorang Pembantu Antidadah? Berikut kami kongsikan sedikit maklumat mengenai jawatan ini.

Gred: U19
Kumpulan: Pelaksana
Kementerian: Agensi Antidadah Kebangsaan

Tangga Gaji

Tangga gaji Pembantu Antidadah yang berkhidmat dengan Agensi Antidadah Kebangsaan.

Gred Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
U19 RM1360 RM4052 RM100

Gaji permulaan Pembantu Antidadah adalah RM1352.

Syarat Lantikan

Untuk dilantik menjawat jawatan Pembantu Antidadah, anda perlu memiliki kelayakan berikut :

a) Lantikan Ke Gred U19

  • Mesti seorang warga negara Malaysia.
  • Mesti berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, Atau
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2. Atau
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3.
  • Lulus subjek Bahasa Malaysia dengan kepujian sekurang-kurangnya gred C dalam Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas

Tanggungjawab dan skop kerja Pembantu Antidadah termasuklah:

Mengendalikan pelaksanaan program pemulihan, program pencegahan, penguatkuasaan undang-undang berkaitan dadah dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.

Anda juga boleh membaca maklumat tentang jawatan Pembantu Antidadah di laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. [ Klik Sini ]