Bagaimana Cara Jadi Jururawat Selepas SPM?

Share Artikel

Pertama sekali, kami ingin ucapkan tahniah.

Anda semakin hampir dengan kerjaya impian anda untuk menjadi seorang jururawat bertauliah. Insyaallah, dalam artikel ini anda akan didedahkan secara ringkas tentang laluan kerjaya jururawat.

Bagaimana cara menjadi jururawat?

Untuk menjadi seorang jururawat, anda perlu memiliki kelulusan dalam bidang kejururawatan yang tawarkan oleh mana-mana institusi pengajian yang menawarkan kursus kejururawatan.

Ada banyak kolej dan universiti awam serta swasta yang menawarkan kursus kejururawatan. Boleh pilih mana yang anda suka.

Tetapi jika anda ingin menjadi jururawat kerajaan, pastikan anda mengambil kursus kejururawatan di institusi yang menawarkan kursus kejururawatan yang telah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Belanja melanjutkan pelajaran dalam bidang kejururawatan agak tinggi. Lebih-lebih lagi jika anda melanjutkan pelajaran di kolej dan universiti swasta.

Jika anda mahu sambung belajar untuk menjadi seorang jururawat dan ditaja sepenuhnya, anda mempunyai pilihan untuk menyertai program Latihan Separa Perubatan.

Ingin tahu lebih lanjut?

Teruskan baca artikel ini.

Apa Itu Latihan Separa Perubatan?

Latihan Separa Perubatan adalah program anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Panggilan untuk memasuki Latihan Separa Perubatan hanya diadakan 2 kali setahun.

Calon yang layak akan dipanggil untuk mengambil peperiksaan online SPA. Seterusnya calon yang lulus akan dipanggil sesi temuduga separa perubatan SPA pula.

Semakan boleh dilakukan pada bulan Oktober bagi kemasukan bulan Januari dan bulan April bagi kemasukan bulan Julai.

Untuk masuk ke Latihan Separa Perubatan, anda perlu:

  1. Daftar borang SPA81 secara online.
  2. Mohon memasuki Latihan Separa Perubatan.
  3. Lulus peperiksaan online separa perubatan.
  4. Lulus temuduga separa perubatan

Selepas lulus temuduga anda akan ditempatkan di kolej-kolej kejururawatan mengikut kursus yang telah anda pilih.

Sepanjang sesi pengajian, anda akan mempelajari pelbagai teori ilmu kejururawatan dan juga menjalani praktikal sebagai jururawat pelatih di hospital.

Selepas tamat mengikuti pengajian anda akan ditempatkan di klinik kesihatan dan hospital milik Kementerian Kesihatan Malaysia di seluruh negara.

Apa Kursus Yang Ditawarkan Dalam Latihan Separa Perubatan?

Terdapat 12 kursus yang ditawarkan dalam Latihan Separa perubatan. 10 adalah pengajian di peringkat diploma. Manakala 2 lagi pengajian di peringkat sijil.

Kursus Peringkat Diploma

  1. Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
  2. Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
  3. Latihan Jururawat
  4. Latihan Juruterapi Pergigian
  5. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  6. Latihan Juruteknologi Pergigian
  7. Latihan Juru X-Ray
  8. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  9. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  10. Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Kursus Peringkat Sijil

  1. Latihan Pembantu Kesihatan Awam
  2. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

Apa Beza Sambung Belajar Di Kolej/Universiti Awam/Swasta Dengan Program Latihan Separa Perubatan?

Kenapa anda perlu mempertimbangkan menjadi jururawat dengan mengambil kursus di bawah program Latihan Separa Perubatan berbanding pengajian di kolej/universiti awam atau swasta?

Apakah beza Latihan Separa Perubatan berbanding pengajian di kolej/universiti awam dan swasta?

Perbandingan paling ketara ialah kos pengajian. Kos pengajian di kolej/universiti awam secara umumnya adalah lebih rendah dari kos pengajian di kolej/universiti swasta.

Ketika pengajian, anda akan ditawarkan dengan bantuan pinjaman pendidikan. PTPTN adalah contoh pinjaman pendidikan yang paling popular.

Apabila tamat pengajian, anda perlu membayar semula pinjaman ini.

Ini berbeza apabila anda memasuki Latihan Separa Perubatan kerana kos pengajian anda akan ditaja dan ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Anda juga akan menerima biasiswa dan turut diberikan elaun setiap bulan.

Cuma oleh kerana anda ditaja oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, anda diwajibkan untuk berkhidmat dengan Kerajaan bagi tempoh masa tertentu selepas tamat pengajian.

Persaingan Sengit

Disebabkan Latihan Separa Perubatan ditaja sepenuhnya, setiap tahun ramai yang berminat untuk memasuki program ini.

Persaingan untuk mengikuti program ini sangat sengit.

Sekiranya anda serius mahu jadi jururawat melaluimemasuki Latihan Separa Perubatan, anda perlu membuat persediaan dari awal lagi supaya peluang anda untuk berjaya lebih tinggi.

Rujukan Cadangan

Apa pilihan anda selain jadi jururawat kerajaan? Anda boleh jadi jururawat peribadi atau jururawat swasta. Semua ini ada didedahkan dalam rujukan Kerjaya Jururawat.

Klik gambar ebook untuk maklumat lanjut.