Contoh Soalan Pengetahuan Am Peperiksaan Online Separa Perubatan

Share Artikel

Bismillah.
Assalamualaikum.

Dalam artikel ini kami akan kongsikan beberapa contoh soalan peperiksaan online Latihan Separa Perubatan yang adakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

PERINGATAN

Ini hanya SOALAN CONTOH dan bukan SOALAN BOCOR.

Hati-hati jika ada pihak mendakwa mereka mempunyai soalan bocor atau soalan ramalan sebarang peperiksaan online SPA.

SPA adalah sebuah badan kerajaan yang berintegriti.

Baca: [ Bagaimana Cara Menjadi Jururawat Selepas? ]

Format Soalan Peperiksaan Online Separa Perubatan

Sebagai persedian sebelum anda mengambil peperiksaan online, pastikan anda mengetahui format peperiksaan yang digunakan SPA.

Di mana nak dapat maklumat ini?

Maklumat ini akan dimaklumkan oleh SPA di dalam emel yang mereka hantar. Cuba baca balik emel yang anda terima ya.

format exam online separa perubatan

Beri perhatian kepada jumlah soalan dan tempoh menjawab setiap seksyen. Dengan mengetahui format peperiksaan online ini, anda boleh membuat persediaan yang sewajarnya.

Terdapat 2 seksyen dalam peperiksaan online separa perubatan. Anda akan diuji dengan cara:

  • Ujian pengetahuan am
  • Ujian psikometrik

Anda jangan terkejut pula bila terlihat ada soalan matematik dalam soalan ujian psikometrik anda. Memang pihak SPA ada masukkan komponen soalan penyelesaikan masalah dalam ujian psikometrik SPA.

Baca: [ 6 Tips Agar Anda Tidak Gelabah Ketika Ujian Online SPA ]

Topik Apa Nak Baca?

Sebagai persediaan, anda banyakkan membaca tentang maklumat kesihatam am di Malaysia. Antara topik yang anda boleh baca:

  • Zat makanan dan fungsinya
  • Keracunan makanan
  • Demam campak
  • Fibroid
  • Vaksin
  • Dan lain-lain isu berkaitan

5 topik di atas ini adalah antara skop soalan yang kerap keluar dalam soalan peperiksaan online Latihan Separa Perubatan setiap tahun.

Anda nak topik tambahan beserta nota ringkas topik berkaitan tak?

Nanti dihujung artikel ini kami akan cadangkan anda bahan rujukan tambahan.

Berbalik kepada topik, bagaimana soalan boleh ditanya?

Contoh Soalan Peperiksaan Online Separa Perubatan

Berikut adalah contoh soalan yang boleh ditanya:

Contoh 1:

Apakah cara yang selamat untuk mengelakkan kecederaan semasa bersenam?

  1. Bersenam dengan program senaman kecergasan yang mendapat nasihat doktor.
  2. Tambah 2 – 3 minit aktiviti senaman anda setiap minggu sehingga mencapat 30 minit.
  3. Senaman dimulakan dengan selang seli dari 2 – 3 minit, disusuli 2 – 3 minit sepanjang 15 minit.
  4. Senaman dimulakan dengan peningkatan secara berperingkat-peringkat untuk minggu tertentu apabila anda semakin cergas.
  1. I dan II
  2. I, II dan III
  3. II, III dan IV
  4. I, II, III dan IV

Contoh 2:

Bilakah masanya anda perlu berhenti dari bersenam?

  1. Bila anda berasa penat
  2. Bila anda sudah bosan
  3. Bila anda berasa sakit, pening dan tidak selesa
  4. Bila hari sudah mula panas atau matahari terbenam

Contoh 3:

Pilih kenyataan yang SALAH mengenai senaman

  1. Untuk penghidap tekanan darah tinggi, berhenti bersenam jika berasa sakit dada, sukar bernafas dan pening.
  2. Teruskan senaman seperti biasa walau pun rasa sakit melanda kerana ianya hanya seketika sahaja.
  3. Bagi penghidap diabetes, pakai kasut sarung yang selesa untuk elakkan kecederaan di kaki.
  4. Jika anda seorang yang obes, kurangkan gerakan agresif yang boleh mencederakan otot.

Contoh 4:

Berikut ialah simpton keracunan makanan KECUALI

  1. Pening
  2. Sakit kepala
  3. Muntah-muntah
  4. Berpeluh/demam

Contoh 5:

Bagaimanakah makanan boleh menjadi punca kepada keracunan makanan?

  1. Makanan dimasak tidak sedap
  2. Makanan dimasak oleh warga asing
  3. Makanan tidak dimasak dengan baik
  4. Makanan dimasak oleh tukang masak tidak mahir

5 contoh soalan ini confirm tak cukup untuk bantu anda buat persediaan.

Sebab itu kami bagi anda 5 topik yang kerap masuk dalam seoalan peperiksaan online Latihan Separa Perubatan. Paling tidak anda usahakan cari bahan berkaitan 5 topik ini dan baca.

Rujukan Khas Peperiksaan Online Separa Perubatan

Tapi jika anda mahukan bahan rujukan tambahan, kami cadangkan anda untuk dapatkan rujukan khas peperiksaan online Latihan Separa Perubatan ini.

Dengan rujukan ini anda tak perlu cari sendiri. Sebab semuanya telah disediakan untuk anda. Kami dah susun siap-siap.

Anda tinggal baca dan buat latihan sahaja.

Kalau nak mudah lagi, anda print dan anda boleh conteng-content dan catat nota tambahan.

Rujukan ini mengandungi:

  • Penerangan format terkini peperiksaan
  • 40++ nota ringkas topik berkaitan
  • 70++ contoh soalan berkaitan topik

Nota ringkas dan contoh soalan dalam rujukan ini insyaallah cukup untuk bantu anda menghadapi peperiksan online Latihan Separa Perubatan.

Sebagai pembeli anda menerima jaminan selama 3 tahun.

Anda akan menerima edisi kemas kini ebook rujukan ini secara percuma tanpa perlu keluarkan kos tambahan.

Untuk download preview copy percuma, klik gambar di bawah atau [ klik di sini ]

rujukan peperiksaan online separa perubatan

Buat Persediaan Awal

Kami harap agar artikel ini sedikit sebanyak membantu anda membuat persediaan menghadapi Peperiksaan Online Separa Perubatan anda. Jangan tunggu hingga saat akhir untuk study dan ulangkaji.

Semoga berjaya.

Rujukan Cadangan

Untuk mohon kerja kerajaan anda perlu bersaing dengan ramai calon. Kami cadangkan ebook rujukan berikut bagi membantu anda membuat persiapan. Klik gambar ebook untuk download preview copy percuma.