50 Contoh Soalan Temuduga Guru

Share Artikel

Anda akan menghadiri temuduga kerja guru?

Kami kongsikan 50 contoh soalan temuduga bagi membantu anda untuk membuat persediaan. Cuba jawab soalan di bawah. Berlatih supaya anda boleh menjawab dengan lancar.

50 Contoh Soalan Temuduga Cikgu

  • Bebanan kerja guru semakin bertambah, bagaimana kamu menghadapinya?
  • Budaya buli di sekolah semakin serius apakah puncanya? Cadangkan langkah bagi mengatasi masalah ini.
  • Murid lebih cenderung untuk belajar di pusat tuisyen, adakah anda sudi menjadi guru tuisyen? Mengapa?
  • Apakah kelebihan mengajar sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris?
  • Apa pendapat anda tentang pembubaran GST? Bagus ke tidak?
  • Mengapa kerajaan memperkasa sekolah kebangsaan?
  • Apakah konsep sekolah cemerlang?
  • Sejauh mana anda tahu sekolah Integrasi? Apakah tujuan penubuhannya?
  • Adakah kamu pernah terlibat Program Latihan Khidmat Negara? Apakah tujuan ia diadakan?
  • Mengapa Kemahiran Berfikir Aras Tinggi diperkenalkan di sekolah?

Baca: [ Cara Jawab Soalan Temuduga Dalam Bahasa Inggeris ]

  • Adakah anda kenal akan ibu bapa murid anda?
  • Huraikan perkara penting dalam FPK.
  • Apakah prinsip rukun negara? Nyatakan.
  • Apakah matlamat wawasan 2020? Huraikan.
  • Guru ada banyak masa lapang, banyak cuti dan tidak banyak kerja. Adakah anda setuju?

FPK = Falsafah Pendidikan Kebangsaan

  • Jika kamu diminta bertugas di kawasan pendalaman, bagaimana kamu menghadapi cabaran kehidupan di situ?
  • Mengapa perlunya pembelajaran sepanjang hayat?
  • Bagaimana menjadi seorang guru yang dihormati dan disanjungi?
  • Apakah tanggungjawab seorang guru terhadap masyarakat di sekelilingnya?
  • Apakah teras perkhidmatan cemerlang?

Baca: [ Sebab Ramai Gagal Temuduga Kerja ]

  • Apakah yang anda faham tentang fungsi utama Persatuan Ibu Bapa dan Guru?
  • Mengapa kamu memohon untuk menjadi guru?
  • Mengapa Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi digabungkan?
  • Apa masa depan seorang guru?
  • Bagaimana kamu menambah ilmu dan kemahiran supaya menjadi guru yang cemerlang?
  • Apakah kepentingan kecerdasan emosi untuk seorang guru?
  • Berikan sebab kamu patut diterima sebagai guru?
  • Berikan pro dan kontra penggunaan ICT di sekolah?
  • Pada pandangan anda, apakah cabaran yang paling hebat untuk generasi muda sekarang?
  • Apakah punca guru stress? Bagaimana cara mengatasinya?

Baca: [ Kenapa Graduan Fresh Graduate Gagal Temuduga Kerja? ]

  • Apakah objektif utama perayaan Hari guru?
  • Apa pandangan anda berkenaan dengan SPPBS? Adakah anda terlibat dan pernah mengisinya?
  • Berikan komen anda tentang merotan murid nakal di sekolah.
  • Berikan 3 tugas lain guru selain mengajar di sekolah.
  • Adakah pelajar bermasalah perlu dibuang sekolah? Kongsikan pandangan anda.

SPPBS = Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

  • Apakah pandangan kamu tentang gejala sosial dikalangan remaja?
  • Kenapa murid tidak dibenarkan membawa handset ke sekolah?
  • Apakah pendapat anda tentang ibubapa yang mengugut guru yang merotan anaknya?
  • Guru selalu dihantar kursus, adakah ia baik untuk anda?
  • Berikan pandangan anda tentang isu guru disaman ibu bapa murid? Bagaimana untuk mengelaknya?

Baca: [ Bagaimana Cara Jadi Jururawat Selepas SPM? ]

  • Berikan Nama Menteri Pendidikan dan Timbalannya.
  • Apakah kemahiran interpersonal yang anda ada?
  • Apa target anda dalam kerjaya perguruan ini?
  • Apakah yang akan kamu lakukan jika murid tidak mendengar arahan kamu?
  • Wajarkah seorang guru mempunyai kerja lain seperti MLM dan berniaga part time?
  • Apakah peranan seorang Ketua Panitia di sekolah?
  • Apakah yang lebih penting kerjaya atau keluarga?
  • Apa sumbangan yang pernah anda buat untuk sekolah? Siapakah Bos anda?
  • Apa pendapat anda berkenaan dengan laman sosial seperti Facebook?
  • Apakah itu yang anda perlu tahu berkenaan temuduga SPP?

SPP = Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia

Semoga Berjaya

Kami doakan agar anda berjaya di dalam temuduga kerja anda nanti dan menjadi warga pendidik yang cemerlang.

Nak Template Resume & Rujukan Persediaan Temuduga Kerja?

Anda tak tahu apa persediaan yang perlu dibuat bila dipanggil ke temuduga? Anda rasa resume anda belum cukup menarik? Kami cadangkan anda rujukan di bawah ini. Klik gambar ebook untuk info lanjut.