7 Tips Penting Tentang Aktiviti Di PTD Assessment Centre (PAC)

Share Artikel

Alhamdulillah.

Kami Tim Ebook Kerjaya tumpang gembira di atas kejayaan anda yang telah pun lulus peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik.

Sekarang anda sudah boleh fokus untuk buat persediaan sesi PTD Assessment Centre (PAC) pula.

Sebelum ini kami ada menulis tentang Persediaan Menghadapi PTD Assesment Centre (PAC).

Kami sambung lagi artikel berkaitan dengan Pegawai Tadbir Diplomatik.

Tips Penting Tentang PTD Assessment Centre (PAC)

PAC adalah salah satu daripada mekanisma yang digunakan SPA untuk menapis calon yang akan menjadi seorang Pegawai Tadbir Diplomatik.

Sepanjang sesi PAC nanti anda akan diuji dari segi fizikal dan juga mental.

Ringkasnya, berikut adalah aktiviti-aktiviti yang akan anda lalui sepanjang sesi PAC.

daftar ptd assessment centre pac
PTD Assessment Centre (PAC) tidak menakutkan seperti yang anda fikir.

Lapor Diri - Pendaftaran

Selepas sesi pendaftaran, saringan kesihatan dan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) akan di buat.

Pada hari anda lapor diri ke PAC datang dengan berpakaian sukan lengkap. Selepas sesi pendaftaran nanti akan diadakan ujian saringan kesihatan dan juga Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK).

Jadi pastikan anda berehat secukupnya pada malam sebelum pendaftaran. Esok harinya anda akan memerlukan semua tenaga yang anda ada.

Jangan lupa sarapan pagi. Takut nanti tak cukup tenaga untuk UKJK pula.

Pastikan juga anda membawa semua dokumen dan borang yang diperlukan. Cetak emel panggilan PAC anda dan bawa pada hari pendaftaran.

Borang profil SPA pun baca sekali tahu!

saringan kesihatan pac ptd
Saringan kesihatan ambil masa yang pendek sahaja.

Saringan Kesihatan

Proses saringan kesihatan akan dilakukan oleh kakitangan klinik kesihatan. Proses ini tidak mengambil proses yang lama.

Hanya tekanan darah dan dengutan nadi sahaja yang akan diukur.

Ketika saringan kesihatan ini juga anda akan diminta untuk mengisi borang "medical history".

Jadi isi elok-elok ya!

Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK)

UKJK adalah sangat kritikal kepada calon yang hadir. Ia akan diadakan selepas sesi pendaftaran tamat.

Apabila anda gagal UKJK anda akan terkandas. Anda tidak layak untuk ujian seterusnya. Pendek kata apabila anda gagal UKJK, anda boleh terus pulang ke rumah.

Antara ujian yang akan dilakukan dalan UKJK adalah:

  • Ujian BMI
  • Ujian bangkit tubi (curl up)
  • Ujian duduk dan jangkau (sit and reach)
  • Ujian genggaman tangan (hand grip)
  • Ujian larian ulang-alik (bleep test)

Bagi ujian genggaman tangan dan duduk jangkau, calon akan diberi peluang sebanyak dua kali. Bacaan paling tinggi akan diambil dan direkodkan dalam borang UKJK.

Manakala dalam ujian larian ulang-alik akan terdapat beberapa tahap. Semakin tinggi tahapnya semakin laju calon perlu berlari.

UKJK akan tamat pada waktu rehat makan tengah hari.

Keputusan ujian juga akan dikeluarkan pada hari yang sama.

Calon yang berjaya akan mara ke peringkat yang seterusnya pula iaitu ujian esei bahasa Melayu dan esei bahasa Inggeris.

Jika anda tidak mahu terkandas diperingkat UKJK, ambil masa untuk membuat persediaan secukupnya agar anda berjaya dalam ujian ini.

Anda perlu berada dalam keadaan terbaik pada hari penting tersebut.

UKJK akan menguji ketahanan fizikal, stamina dan juga daya ketahanan anda.

Video UKJK

Lebih kurang beginilah nanti ujian yang anda akan ambil.

UKJK - Sit Up

UKJK - Lari Ulang Alik

UKJK - Bleep Test

UKJK yang bakal anda ambil mungkin akan sedikit berlainan. Tetapi jikalau anda tonton semua video di atas, anda boleh dapat sedikit gambaran awal tentang UKJK.

Ujian Esei Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris SPA

Tidak banyak tips yang boleh kami kongsikan untuk ujian esei SPA.

Calon hanya diperuntukkan masa selama 1 jam sahaja untuk menjawab soalan esei bahasa Melayu dan juga 1 jam untuk menjawab soalan esei bahasa Inggeris.

Pastikan anda membawa kad pengenalan original untuk ambil ujian ya!

Jika anda berminat untuk menjadi seorang Pegawai Tadbir Diplomatik, banyakkanlah membaca. Calon PTD harus mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai topik. Kalau boleh berita hiburan pun kena ambil tahu. Hal ehwal semasa dalam dan luar negeri pun kena ambil tahu.

Pendek kata, seorang Pegawai Tadbir Diplomatik adalah seorang yang berpengetahuan luas dalam banyak perkara. Lagi satu kelebihan apabila anda banyak membaca adalah anda boleh memberikan contoh yang lebih relevan ketika menjawab soalan esei anda nanti.

Tidaklah jawab main hentam sahaja.

Menurut pengalaman calon-calon yang telah menghadiri sesi PAC, soalan yang ditanyakan lazimnya tidaklah terlalu sukar.

Ala-ala SPM gitu.

Yang pasti soalan yang diberikan akan menguji pengetahuan am calon, isu semasa yang berlaku dalam negara dan luar negara.

ujian esei bahasa melayu dan inggeris ptd
Semoga anda berjaya dalam ujian esei bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

Pakaian Ketika LDK?

Untuk Latihan Dalam Kumpulan anda perlu memakai pakaian formal. Diawal sesi akan diadakan sesi berkenalan dan kemudian calon akan dibahagi-bahagikan ke beberapa kumpulan untuk aktiviti LDK.

Walaupun anda melakukan aktiviti dalam kumpulan, anda akan dinilai secara individu oleh pegawai yang bertugas.

Antara tujuan LDK adalah untuk menilai kemampuan calon membuat keputusan. Sudah pasti siapa yang menyerlah sudah tentu *mendapat lebih markah.

Janganlah terlalu dominan tetapi jangan pula terlalu pasif.

Dalam modul psikologi PAC contohnya, anda akan diberikan situasi dan watak. Kemudian anda perlu mempertahankan watak anda itu.

Tips penting di sini adalah bersederhana. Gunakan perkataan yang sesuai ketika berhujah. Jangan sampai nampak angkuh.

Ketika LDK cuba untuk berfikir luar dari kebiasaan. Think outside the box bak kata orang putih.

Pegawai yang bertugas sudah banyak pengalaman mengendalikan PAC. Menjawab secara biasa boleh membosankan mereka.

Disebabkan anda perlu bercakap dan berhujah, skil pengucapan awam pasti berguna ketika LDK.

pac ptd public speaking activity
Yakin anda boleh berbahasa Inggeris dengan baik.

Pengucapan Awam Dan Public Speaking

Ketika aktiviti Pengucapan Awam, anda akan duduk di dalam kumpulan yang telah ditetapkan. Aktiviti akan dibuat di dalam bilik yang telah ditetapkan

Seorang panel SPA akan turut bersama anda dalam aktiviti tersebut.

Pengucapan Awam dalam bahasa Melayu akan dimulakan dahulu. Setelah tamat, Anda perlu ke bilik lain untuk memulakan aktiviti Public Speaking pula. Selepas aktiviti Public Speaking tamat akan perlu ke bilik lain untuk aktiviti seterusnya pula iaitu Perbincangan Dalam Kumpulan.

Dalam pengucapan awam, setiap calon akan diberi masa 5 minit untuk berucap. Loceng akan dibunyikan satu kali selepas 4 minit dan akan dibunyikan sekali lagi setelah cukup masa 5 minit.

Jika anda tidak mendengar bunyi loceng setelah anda tamat berucap, bermaksud anda berucap tak sampai pun 4 minit.

Jeng. Jeng. Jeng...

Tips penting dalam pengucapan awam?

Teknik yang paling mudah adalah menghafal poin-poin utama yang anda ingin sampaikan. Kemudian huraikan poin tersebut dengan contoh yang relevan.

Teknik ini juga sesuai untuk aktiviti Public Speaking dalam bahasa Inggeris.

Jika anda jenis darah gemuruh dan tidak boleh bercakap secara spontan, maka tiada pilihan lain.

Hafalkan teks ucapan anda.

Ketika anda berucap sebut dengan jelas dengan kadar sederhana laju. Nanti setiap poin yang hendak anda sampaikan akan lebih mudah difahami.

Apabila anda berucap secara sederhana laju, anda tidak akan habis berucap terlalu awal.

pegawai tadbir diplomatik group discussion
Bantu rakan kumpulan anda dalam perbincangan berkumpulan.

Group discussion

Jika anda merasakan masa 5 minit itu terlalu lama ketika aktiviti pengucapan awam.

Tahniah!

Masa yang diperuntukkan untuk aktiviti Group Discussion adalah 1 jam. Jangan risau, 1 jam itu anda akan rasakan berlalu dengan sangat cepat.

Yakin anda boleh bercakap dalam bahasa Inggeris.

Untuk aktiviti ini setiap kumpulan akan diberikan topik. Kemudian anda akan saling berbincang di dalam kumpulan tentang topik tersebut.

Sudah pasti calon yang boleh berbahasa Inggeris mempunyai kelebihan dalam aktiviti ini.

Walaupun anda boleh berbahasa Inggeris dan boleh menghuraikan isu dengan panjang lebar, bantulah ahli kumpulan anda yang lain.

Berikan mereka galakan. Cuba ajukan soalan kepada mereka. Tanya pendapat mereka supaya mereka turut serta dalam perbincangan.

Menyerlahkan diri anda itu perlu tetapi bantulah juga ahli kumpulan anda yang lain.

pengalaman hadir pac ptd
Pengalaman PAC

Pengalaman PTD Assessment Center (PAC)

Artikel ini ditulis berdasarkan perkongsikan calon-calon yang telah pun menghadiri sesi PAC sesi 2016.

Untuk membaca pengalaman mereka dalam PTD Assessment Centre, anda boleh kunjungi blog mereka.

Kami kongsikan link blog mereka di bawah artikel ini.

Kami Doakan Anda Berjaya

Semoga artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk menghadapi PAC anda nanti.

Sumber: AcuteWriter, NanuEnchoding, PermataAyahandaBonda, DiariMcBride.

Rujukan Cadangan

Anda jadi Pegawai Tadbir Diplomatik?

Kami cadangkan anda rujukan dalam bentuk nota persediaan dan juga contoh soalan yang disusun khas untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41.

Insyaallah akan membantu anda membuat persediaan sebagaimana calon-calon lain yang berjaya lulus peperiksaan online PTD.

Testimoni Calon PTD 2017

  • testimoni rujukan exam online ptd
  • testimoni rujukan exam online ptd
  • testimoni rujukan exam online ptd