Latihan Pembantu Kesihatan Awam

Share Artikel

Taraf: Sijil
Jantina: Lelaki Sahaja
Tempoh Latihan: 2 tahun
Biasiswa: RM755.06 sebulan
Kementerian: Kementerian Kesihatan Malaysia
Tempat Latihan:

  • Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh, Selangor
  • Kolej Latihan Pembantu Kesihatan Awam, Batu Rakit, Terengganu

Syarat Latihan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur:
    • Calon lantikan terus harus berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
    • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  3. Kelayakan:
    • Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
    • Kepujian dalam Bahasa Malaysia dengan sekurang-kurangnya Gred C atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  4. Keutamaan:
    • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik;
    • Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Rendah/Pembantu Am Pejabat, Atendan Kesihatan/Pembantu Perawatan Kesihatan dan Atendan Haiwan adalah layak dipertimbangkan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan bagi mengikuti Latihan Juruterapi Pergigian apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  1. Mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
  2. Berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

Prospek Kerjaya

Pelatih yang tamat latihan ini akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U19.

Untuk maklumat lanjut, rujuk laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. [ Klik Sini ]