Penolong Pegawai Pertanian

Jawatan: Penolong Pegawai Pertanian Gred G29
Kumpulan: Pelaksana
Jabatan: Kementerian Pertanian

Jadual Gaji

Gaji Minimum: RM1494
Gaji Maksimum: RM5674
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM145

Gaji Permulaan

Sijil: RM1494
Diploma: RM1847

Deskripsi Tugas

Membantu merancang aktiviti-aktiviti penerangan berhubung dengan polisi projek, menghadiri ceramah, dialog, kursus/latihan, memberi taklimat dan menerbitkan risalah dan bahan terbitan berhubung dengan projek pertanian.

Syarat Lantikan

Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Dan
  • Memiliki
    1. Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi latihan tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya. Atau
    2. Diploma dalam bidang pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

  • Calon hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.