Kerjaya Penolong Pegawai Farmasi

Jawatan: Penolong Pegawai Farmasi Gred U29
Kumpulan: Pelaksana
Jabatan: Kementerian Kesihatan

Jadual Gaji

Gaji Minimum: RM1797
Gaji Maksimum: RM5753
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM145

Gaji Permulaan

Diploma: RM1797

Deskripsi Tugas

Skop kerja dan bidang tugas Penolong Pegawai Farmasi:

  • Sebelum gedung ubat dibuka untuk perkhidmatan, Pembantu Farmasi memastikan kebersihan gedung ubat, khasnya di kaunter gedung ubat, kebersihan gelas-gelas sukatan dan semua alatan.
  • Memeriksa dan memenuhi semua botol-botol bancuhan yang kosong, pil-pil, losen untuk penyediaan perkhidmatan pada hari itu.
  • Pembahagian ubatan kepada pesakit dan memberi keterangan yang betul atas kegunaan ubat yang diberikan dengan bahasa yang difahami oleh pesakit.
  • Membekal campuran, losen dan ‘ointments’ kepada wad-wad dengan menentukan label-label dengan terang dan bersih.
  • Membantu Pembantu Farmasi Kanan di dalam pungutan hasil.
  • Membantu di dalam menyediakan stok-stok yang banyak seperti butir-butir campuran, losen, ‘ointments’ dan membotolkan dengan segera untuk pembahagian.
  • Menjalankan kerja di gedung ubat atau klinik sebagaimana di arah oleh Penguasa Ahli Kimia Ubat untuk memastikan kelicinan perkhidmatan farmasi.

Syarat Lantikan

  • warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki diploma dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.