Kerjaya Pembantu Kesihatan Awam

Jawatan: Pembantu Kesihatan Awam Gred U19
Kumpulan: Pelaksana
Jabatan: Kementerian Kesihatan Malaysia

Jadual Gaji

Gaji Minimum: RM1360
Gaji Maksimum: RM4052
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM100

Gaji Permulaan

Spm: RM1360
Sijil: RM1418.12

Deskripsi Tugas

Baca: [ Deskripsi Tugas Pembantu Kesihatan Awam ]

Syarat Lantikan

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Kelayakan:
    1. Calon hendaklah memiliki sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Kelayakan lantikan untuk kegunaan Pihak berkuasa Tempatan . Atau
    2. Calon hendaklah memiliki sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Serta memiliki Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    3. Calon hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pembantu Operasi layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik untuk Peningkatan Secara Lantikan ke Jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U19.

Pelantikan tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;

  1. Mempunyai kelayakan yang diperlukan. Atau
  2. Had umur pelantikan:
    1. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun. Atau
    2. Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun. Atau
    3. Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.