Kerjaya Jururawat Masyarakat

Jawatan: Jururawat Masyarakat Gred U19
Kumpulan: Pelaksana
Jabatan: Kementerian Kesihatan Malaysia

Jadual Gaji

Gaji Minimum: RM1360
Gaji Maksimum: RM4052
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM100

Gaji Permulaan

Sijil: RM1418.12

Deskripsi Tugas

Baca: [ Deskripsi Tugas Jururawat Masyarakat ]

Syarat Lantikan

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Kelayakan:
    1. Memiliki sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    2. Memiliki Sijil Jururawat Masyarakat yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    3. Telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia dan Lembaga Bidan Malaysia.
    4. Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Perawatan Kesihatan layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik untuk Peningkatan Secara Lantikan ke Jawatan Jururawat Masyarakat Gred U19.

Pelantikan tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;

  1. Mempunyai kelayakan yang diperlukan. Atau
  2. Had umur pelantikan:
    1. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun. Atau
    2. Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun. Atau
    3. Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.