Kerjaya Juru X-Ray

Jawatan: Juru X-Ray
Gred: U29, U32, U36, U41
Kumpulan: Pelaksana / Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kementerian: Kementerian Kesihatan

Jadual Gaji

Gred U29:

Gaji Minimum: RM1797
Gaji Maksimum: RM5753
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM145

Gred U32:

Gaji Minimum: RM2331
Gaji Maksimum: RM6394
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM155

Gred U36:

Gaji Minimum: RM3590
Gaji Maksimum: RM7605
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM180

Gred U41:

Gaji Minimum: RM2429
Gaji Maksimum: RM9656
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM225

Gaji Permulaan

Diploma (Gred U29): RM1797
Ijazah Sarjana Muda (Gred U41): RM2429

Deskripsi Tugas

Skop kerja dan bidang tugas Juru X-Ray:

Juru X-Ray Gred U29

  • Tanggungjawab klinikal.
  • Aspek pengurusan organisasi.
  • Perlindungan sinaran terhadap pesakit, orang awam dan staf.
  • Memastikan kualiti selaras dengan garis panduan MS ISO 9002.
  • Pendidikan dan latihan.
  • Teknologi terkini:
    • Pengimejan diagnostik dengan menggunakan sinaran mengion/tidak mengion, medan magnet, ultrabunyi dan denyutan elektronik (digital).
    • Rawatan dengan penggunaan sinaran mengion.

Juru X-Ray Gred U41

  • Fungsi Klinikal/Penguatkuasaan:
    • Menyemak dan meneliti permohonan pemeriksaan radiografi dan menentukan projeksi.
    • Memberi penerangan yang jelas kepada pesakit tentang pemeriksaan dan persediaan yang diperlukan mengikut arahan yang ditetapkan.
  • Fungsi Penjagaan Peralatan dan Kawalan Mutu:
    • Menggunakan pengetahuan elektronik basik dan fizik dalam tugas radiografi seperti membuat trouble-shooting jika perlu sebelum melaporkan kerosakan.
    • Menjalankan ujian peralatan mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Fungsi Pengurusan:
    • Memantau dan memastikan pengekalan mutu perkhidmatan radiologi yang tinggi.
  • Latihan dan Penyelidikan:
    • Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelatih Juru X-Ray semasa penempatan klinikal.
    • Menyelaras aktiviti penyelidikan yang dikenalpasti dengan menyediakan bahan literature review dan menyediakan metodologi penyelidikan dan informasi berkaitan teknik penyelidikan.
  • Tugas-Tugas Sokongan:
    • Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan ketua jabatan dan pegawai atasan.

Syarat Lantikan

Calon hendaklah memiliki kelayakan berikut:

Lantikan Ke Gred U29

  • Memiliki diploma dalam bidang radiografi, pengimejan perubatan, radioterapi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Lantikan Ke Gred U41

  • Memiliki ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pengimejan diagnostik dan radioterapi, pengimejan perubatan, radiografi, radioterapi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.