Rahsia Lulus Peperiksaan Online Separa Perubatan

Apakah cara mudah untuk lulus peperiksaan online Separa Perubatan?

Jawapan pendek, TIADA cara mudah untuk lulus peperiksaan online Separa Perubatan. Tetapi ada cara yang lebih bijak untuk lulus. Dengan cara ini, kebarangkalian untuk anda lulus juga adalah lebih tinggi.

Cara bijak tersebut adalah dengan membuat persediaan AWAL.

Rahsia Lulus Peperiksaan Online Separa Perubatan

Ya!

Rahsia untuk lulus peperiksaan online Separa Perubatan adalah terletak pada persediaan anda untuk membuat persediaan seawal mungkin.

Study last minute hanya sesuai diaplikasikan setelah anda membuat persediaan awal. Pada saat akhir menjelang peperiksaan nanti, anda boleh membuat sedikit ulang kaji untuk refresh semula ingatan anda.

Ini baru langkah bijak!

Ramai calon yang gagal dalam peperiksaan online SPA disebabkan mereka tidak membuat persediaan yang mencukupi.

Sebelum kami kongsikan tips tentang persediaan menghadapi peperiksaan online, kami sajikan anda dengan info di bawah ini dahulu. Semoga ia menyuntik semangat anda untuk membuat persediaan awal.

Anda tidak mampu untuk gagal dan cuba lain kali.

Baca: [ Cara Tukar Tarikh & Tempat Temuduga SPA Separa Perubatan ]

Banyak Persaingan!

Seperti yang anda tahu, permohonan untuk memasuki Latihan Separa Perubatan dibuka sepanjang tahun. Jadi calon yang layak, boleh memohon untuk masuk pada bila-bila masa, asalkan mereka mempunyai talian internet.

Pada tahun 2015 sahaja terdapat 440,682 calon SPM. Sekiranya hanya 5 peratus ingin memasuki dan memohon Latihan Separa Perubatan, anda perlu bersaing dengan 22,034 calon lain.

Berapa pula kekosongan jawatan dalam Separa Perubatan?

Cuba lihat iklan di bawah ini:

Iklan Separa Perubatan Januari 2016
Iklan kekosongan jawatan Separa Perubatan Januari 2016.

Dalam iklan kekosongan jawatan di atas hanya terdapat 2603 kekosongan sahaja. Lihat betapa ramainya yang sedang bersaing dengan anda untuk memasuki Separa Perubatan!

Sebenarnya anda tidak mampu untuk gagal!

Apabila anda bersedia lebih awal, peluang anda untuk lulus peperiksaan online seterusnya temuduga Separa Perubatan adalah lebih cerah.

Baca: [ Prospek Kerjaya Jururawat Di Kementerian Kesihatan Malaysia ]

Skop Yang Terlalu Luas!

Memohon pekerjaan dengan kerajaan berbeza dengan memohon pekerjaan di sektor swasta. Disebabkan KERAJAAN yang akan mengambil anda bekerja, anda perlu membuat persiaan yang lebih rapi.

Anda perlu mengetahui maklumat berkaitan dengan pentadbiran Malaysia, kementerian-kementerian, suruhanjaya-suruhanjaya Malaysia, jabatan-jabatan kerajaan dan agensi-agensi kerajaan.

Maklumat ini amat besar dan luas jika hendak dicari dan diingati dalam masa yang singkat.

Jadi anda perlukan masa yang lebih panjang untuk ingat semua maklumat tersebut.

Nah!

Itu baru dua sebab. Dua sebab ini sahaja cukup untuk mendorong anda supaya membuat persediaan awal.

Persiapan Awal Untuk Lulus Peperiksaan Online Dan Temuduga Separa Perubatan

Anda tidak salah baca!

Memang kami sengaja tulis persediaan untuk lulus peperiksaan online dan juga temuduga. Alang-alang bersedia biar sampai lulus temuduga.

Tetapi anda perlu buat satu-satu.

Sekarang fokuskan minda anda untuk lulus Peperiksaan Online Separa Perubatan terlebih dahulu!

Untuk membuat persediaan yang baik, anda terlebih dahulu perlu tahu komponen-komponen yang terdapat dalam peperiksaan online Separa Perubatan. Anda perlu ambil berat tentang format peperiksaan, jumlah soalan dan masa untuk menjawab yang diperuntukkan oleh SPA.

Setelah anda tahu perkara ini, barulah anda boleh merancang strategi untuk lulus pula.

Baca: [ Tips Penting Peperiksaan Online SPA ]

Format Peperiksaan Online Separa Perubatan

Format Exam Online Separa Perubatan Mac 2016
Format peperiksaan online Separa Perubatan yang diadakan pada Mac 2016.

SPA sentiasa mengemaskini format peperiksaan online yang dibuat oleh mereka. Oleh itu, anda perlu lebih alert dengan pengumuman SPA.

Berikut adalah format peperiksaan berdasarkan maklumat Peperiksaan Online Separa Perubatan yang diadakan pada mac 2016 lepas.

Peperiksaan mengandungi 2 seksyen:

  • Seksyen A: Ujian Psikometrik
  • Seksyen B: Ujian Pengetahuan Am

Untuk berjaya anda perlu lulus dalam kedua-dua seksyen ini.

Selepas ini, kami akan kongsikan pula sedikit tips untuk score kedua-dua seksyen pula.

Cara Untuk “Score” Seksyen Pengetahuan Am Separa Perubatan

Peperiksaan ini diuruskan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Latihan Separa Perubatan pula merupakan program anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Oleh itu, ketika membuat persediaan, anda perlu mengetahui maklumat berkaitan SPA dan juga KKM.

Cari dan baca tentang sejarah penubuhan, misi dan visi, piagam pelanggan, carta organisasi dan perkhidmatan yang disediakan oleh KKM.

Anda harus tahu perbezaan di antara hospital dan klinik. Apa pula beza klinik biasa dengan klinik 1Malaysia?

Anda juga perlu ambil inisiatif untuk mencari maklumat mengenai rancangan-rancangan kerajaan yang berkaitan dengan kesihatan dan perubatan. Contohnya, kempen-kempen kesihatan yang pernah dianjurkan oleh KKM.

Semua ini anda boleh Google cari di website rasmi SPA dan KKM.

Gagal Peperiksaan Online SPA
Anda tidak mampu untuk gagal!

Biasakan juga diri anda dengan istilah-istilah perubatan yang asas. Contoh istilah-istilah perubatan yang anda perlu ketahui adalah:

  • Kardiologi: Jantung
  • Dermatologi: Penyakit kulit
  • Gastroenterologi: Saluran pencernaan
  • Radiologi: Khas tentang penggunaan x-ray
  • Oftalmologi: Penyakit dan pembedahan mata
  • Nefrologi: Sakit ginjal atau buah pinggang
  • Histopatologi: Kajian tisu dan sel dalam makmal
  • Pediatrik: Bidang khusus untuk penyakit kanak-kanak
  • Forensik: Pembedahan dan kajian mayat untuk memperolehi maklumat berkenaan punca kematian contohnya jenayah dan kes-kes lain
  • Obstetrik dan Ginekologi: Perbidanan, sakit puan dan perkara berkaitan penyakit perempuan
  • Onkologi klinikal: Penyakit kanser, terapi radiasi, terapi hormon dan kemoterapi
  • Patologi kimia: Kajian dalam makmal berkenaan cecair badan
  • Ortopedik: Penyakit dan pembedahan sendi dan tulang

Anda juga perlu ambil tahu tentang institusi-institusi penyelidikan di Malaysia yang menjalankan pengurusan dan penyelidikan dalam disiplin kesihatan am yang melibatkan penyakit berjangkit.

Contoh penyakit berjangkit adalah seperti malaria, demam denggi, taun, penyakit kuku dan mulut.

Selain mempunyai pengetahuan asas berkaitan dengan bidang kejururawatan, anda juga perlu mempunyai pengetahuan am tentang Malaysia dan persekitaran.

Terdapat 7 pecahan soalan dalam seksyen pengetahuan am.

Banyakkan benda yang anda nak kena belajar dan ulangkaji?

Anda masih nak buat ulangkaji pada saat akhir juga?

Memang betul, jika calon tidak berjaya tahun ini, mereka masih boleh cuba tahun depan. Tetapi mereka perlu menunggu pengambilan sesi pengambilan seterusnya pula dan perlu bersaing dengan lebih ramai calon lagi.

Baca: [ 30 Contoh Soalan Temuduga Separa Perubatan ]

Cara Untuk Score Seksyen Ujian Psikometrik Separa Perubatan

Tips untuk menjawab soalan psikometrik SPA
Tips untuk menjawab soalan psikometrik SPA.

Kenapa pula KKM dan SPA membuat ujian psikometrik untuk calon yang akan memasuki separa perubatan?

Jawapannya adalah mereka ingin mendapatkan calon yang berkualiti serta mempunyai perwatakan yang sesuai dengan jawatan jururawat. Ujian psikometrik ini digunakan sebagai penanda ukur minat dan kecenderungan calon terhadap bidang separa perubatan.

Sebagai seorang jururawat, anda perlu melayan pelbagai kerenah pesakit. Pesakit ini pula terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ada pesakit yang muda dan ada pesakit yang sudah berusia. Ada pesakit yang cerewet dan pelbagai lagi kerenah yang anda bakal jumpa sewaktu anda menjadi jururawat nanti.

Jadi apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang jururawat?

Jururawat secara umumnya harus berkemampuan untuk berhubung dengan semua orang. Oleh itu mereka perlu memiliki kemahiran untuk bersosial, bergaul dan berhubung dengan pelbagai lapisan masyarakat. Jika anda tidak mempunyai kecenderungan terhadap jawatan separa perubatan, kemungkinan besar anda akan gagal dan tidak akan dipanggil ke sesi temuduga separa perubatan.

Jika anda gagal dalam sesi temuduga, anda akan dipanggil ke sesi temuduga yang lain. Tetapi jika anda awal-awal lagi sudah gagal dalam peperiksaan online, peluang temuduga anda akan hilang begitu sahaja.

Buat persediaan supaya anda sekurang-kurangnya lulus peperiksaan online separa perubatan dahulu.

Rujukan Peperiksaan Online Separa Perubatan

Anda suka tak jika kami katakan sebenarnya ada rujukan yang boleh membantu anda membuat persediaan menghadapi peperiksaan online separa perubatan anda itu nanti?

Mesti anda rasa gembira bukan?

Klik link untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Klik: [ Rujukan Peperiksaan Online Separa Perubatan ]

Leave a Comment