Apa Persediaan Untuk Menghadapi PTD Assesment Centre (PAC)?

Share Artikel

Tahniah kerana anda telah berjaya dalam peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik. Seterusnya nanti anda akan dikehendaki mengambil ujian psikometrik dan akan dipanggil ke PTD Assessment Center (PAC) pula.

PAC adalah lebih mencabar berbanding peperiksaan online yang anda hadapi sebelum ini. Seperti mana peperiksaan online. Anda juga perlu membuat persediaan awal untuk menghadapi PAC.

Tapi apa persediaan yang perlu dibuat?

Persediaan Menghadapi PTD Assesment Centre (PAC)

PTD Assessment Centre adalah mekanisma yang diperkenalkan oleh SPA pada tahun 1999 untuk menilai kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD.

Kebiasaannya PAC akan berlansung selama 2 hari 1 malam. Namun begitu anda perlu rujuk kepada maklumat panggilan anda.

Ketika PAC calon akan diuji secara fizikal dan mental. Jadi selain membaca anda juga perlu membuat persediaan fizikal.

Perkara Yang Dinilai Dalam PAC

Selama anda berada di PAC anda akan dinilai dan diuji dalam pelbagai aspek. Antara aspek-aspek kompentensi yang diuji adalah:

  1. Kualiti Personal
  2. Pengetahuan
  3. Kemahiran

1# Kualiti Personal

Antara perkara yang diperhatikan di dalam kualiti personal calon PTD adalah:

  • Tatakelakuan - calon harus mempunyai perilaku dan nilai-nilai murni yang mengikut nilai-nilai Islam dan budaya ketimuran.
  • Penampilan - calon harus mempunyai imej dan penampilan diri yang kehadirannya dirasai dan disenangi dalam sebarang keadaan.
  • Keyakinan diri - calon harus yakin terhadap kebolehan diri sendiri dan berani untuk menjalankan tugasan serta mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap cabaran dan masalah yang dihadapi.
  • Penggerak kumpulan - calon harus berupaya untuk mengurus dan berkerjasama sebagai satu pasukan.
  • Potensi kepimpinan - calon harus mempunyai potensi untuk menjadi seorang pemimpin yang baik.

2# Pengetahuan

Antara perkara yang diperhatikan tentang pengetahuan calon PTD adalah:

  • Kematangan idea - calon harus berupaya untuk mencetuskan idea yang matang, substantif, relevan dan boleh diterima.

3# Kemahiran

Antara perkara yang diperhatikan tentang kemahiran calon PTD adalah:

  • Kemahiran berkomunikasi - calon harus berkebolehan untuk berkomunikasi dikalangan rakan sekerja dengan yakin dan berkesan.
  • Pengucapan awam - calon harus berkobolehan untuk menyampaikan idea, maklumat dan maksud dengan yakin dan berkesan.
  • Debat ala parlimen - calon harus berkebolehan untuk menyampaiakn idea, maklumat dan maksud dengan yakin dan berhemah.
pemeriksaan fizikal kecergasan pac ptd
Anda harus bersedia dari segi fizikal dan juga mental untuk PAC.

Pemeriksaan Fizikal Dan Pancaindera

Antara perkara yang akan diperiksa termasuklah:

  • Pemeriksaan Ukuran Fizikal - tinggi, berat badan, BMI, ukuran dada (wanita dikecualikan)
  • Pemeriksaan Penglihatan - jarak penglihatan, ujian rabun warna
  • Pemeriksaan Tubuh Badan & Gaya berjalan - kaki, tangan, jari dan lain-lain dalam keadaan baik, kawad

Pemeriksaan Kecergasan

Ujian kecergasan adalah lebih mencabar kerana calon perlu melakukan:

  • Larian 2.4 kilometer dalam tempoh 12 minit bagi lelaki dan 15 minit bagi wanita.
  • Pumping sebanyak 30x bagi lelaki dan 28x bagi wanita dalam tempoh 2 minit.
  • Larian ulang alik sejauh 10m dalam tempoh 10 saat bagi lelaki dan 12 saat bagi wanita.
  • Lombat 215 sentimeter bagi lelaki dan 162 sentimeter bagi wanita.
pasif dalam temuduga kerja
Anda harus menjadi seorang yang proaktif. Jangan jadi pasif atau senyap sangat.

Apa Yang Anda Perlu Lakukan?

Bagaimana anda boleh membuat persediaan bagi menghadapi PTD Assessment Centre?

Persediaan fizikal dan kecergasan

Untuk persediaan fizikal anda boleh bersenam, berjoging dan pergi ke gim agar anda berapa dalam keadaan tip top. Berhati-hati ketika melakukan senaman agar anda tidak cedera.

Anda pasti tidak mahu hadir ke PAC dalam keadaan kaki anda terseliuh bukan?

Jadi berpada-pada ketika anda membuat persediaan fizikal dan kecergasan.

Pengucapan awam

Berlatih supaya anda dapat menyampai hujah dengan baik di dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris. Cakap dengan tersusun supaya isi utama yang ingin anda sampaikan itu mudah difahami.

Berlatih di hadapan cermin supaya anda boleh melihat "body language" anda. Jangan nanti mulut anda kata lain tetapi bahasa badan anda mula berkata sebaliknya.

Bekerja Berkumpulan

Untuk berjaya anda juga memerlukan kerjasama dari calon yang lain. Jadi berkenalanlah dengan mereka supaya lebih mesra.

Ketika menyelesaikan tugas dalam kumpulan pula, anda harus bersikap proaktif. Jangan menjadi seorang yang pasif dan terlalu senyap.

Jadi pendengar yang baik dan cuba untuk melontarkan idea dan pandangan anda.

Penulisan Esei

Untuk berhujah dengan baik anda harus mempunyai pengetahuan yang tinggi. Banyakkan membaca dan ambil tahu tentang isu-isu semasa. Maklumat isu-isu semasa anda boleh dapatkan dengan membaca suratkhabar.

Atau baca sahaja berita online. Rujuk pada ruangan Arkib untuk memudahkan anda membaca berita mengikut bulan dan tahun.

Semoga Berjaya

Untuk membuat persediaan temuduga kerja kerajaan banyak benda yang anda perlu tahu. Banyak masa yang perlu diperuntukkan bagi mencari bahan rujukan dan bacaan.

Kami doakan anda berjaya dalam PAC nanti dan dapat berkhidmat untuk rakyat Malaysia.

Rujukan Cadangan

Anda jadi Pegawai Tadbir Diplomatik?

Kami cadangkan anda rujukan dalam bentuk nota persediaan dan juga contoh soalan yang disusun khas untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41.

Insyaallah akan membantu anda membuat persediaan sebagaimana calon-calon lain yang berjaya lulus peperiksaan online PTD.

Testimoni Calon PTD 2017

  • testimoni rujukan exam online ptd
  • testimoni rujukan exam online ptd
  • testimoni rujukan exam online ptd