deskripsi tugas penolong pegawai perubatan

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Perubatan Gred U29 & U41

Apakah deskripsi tugas Penolong Pegawai Perubatan?

Penolong Pegawai Perubatan Gred U29

Berikut adalah antara tugas-tugas Penolong Pegawai Perubatan gred U29 dan gred U41.

Peranan Primer

  • Penjagaan Perubatan Primer
    • Memeriksa, mendiagnosis dan merawat penyakit yang ringan.
    • Memberikan pendidikan kesihatan berkaitan kepada individu, kumpulan dan masyarakat.
    • Mendispens, memesan dan menyimpan ubat-ubatan.
    • Membantu dalam program latihan paramedikal dan auksiliari kakitangan di bawah seliaannya.
    • Menyimpan semua rekod yang berkaitan dengan pendaftaran, penjagaan pesakit dan kematian.
  • Penjagaan Kemalangan dan Kecemasan
    • Memberi rawatan awal dan segera serta sokongan bagi semua kes kecemasan dan merujukkan kes-kes berkenaan untuk pengendalian selanjutnya kepada Pegawai Perubatan.
    • Sebagai Ketua Pasukan Ambulan dan memberi rawatan kecemasan mengikut protokol yang telah ditetapkan.
  • Pentadbiran
    • Tugas-tugas penyeliaan kakitangan di bawah jagaannya serta memeriksa dan menyimpan alat pemulihan dan bekalan perubatan di Jabatan Pesakit Luar, Jabatan Kemalangan dan Kecemasan serta Ambulan.
    • Menguruskan bilik mayat dan pemeriksaan bedah siasat mayat di hospital.

Peranan Khusus

  • Penjagaan khusus di Unit-unit Khas dan wad-wad seperti Unit Ortopedik, Psikiatrik, Kardiologi dan lain-lain.
  • Menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan mengendalikan latihan di jabatan atau program tertentu.

Penolong Pegawai Perubatan Gred U41

  • Memberi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat dari aspek kuratif, pencegahan, promosi dan pemulihan dalam sistem perkhidmatan kesihatan di Malaysia.
  • Memberi rawatan kuratif, pencegahan serta perkhidmatan bantuan kecemasan di Pusat-pusat Kesihatan termasuk Dispensari Statik dan Bergerak, Jabatan Pesakit Luar dan Jabatan Kemalangan dan Kecemasan.
  • Memberi rawatan awal dan segera serta sokongan bagi semua kes kecemasan dan merujukkan kes-kes berkenaan untuk pengendalian selanjutnya kepada pegawai perubatan.

Semoga nota ini bermanfaat buat anda.

Leave a Comment

Loading Facebook Comments ...