Pembantu Kesihatan Awam

Share Artikel

Anda ingin menjadi seorang Pembantu Kesihatan Awam? Berikut kami kongsikan sedikit maklumat mengenai jawatan ini.

Gred: U19
Kumpulan: Pelaksana
Kementerian: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tangga Gaji

Tangga gaji Pembantu Kesihatan Awam yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Gred Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
U19 RM1360 RM4052 RM100

Gaji permulaan bagi Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 adalah RM1418.12.

* Gaji permulaan untuk perkhidmatan di bawah Pihak berkuasa Tempatan adalah RM1360.

Syarat Lantikan

Untuk dilantik menjawat jawatan Pembantu Kesihatan Awam, anda perlu memiliki kelayakan berikut :

a) Lantikan Ke Gred U19

  • Mesti seorang warga negara Malaysia.
  • Mesti berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan .
  • Memiliki Sijil Pembantu Kesihatan Awam atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Lulus subjek Bahasa Malaysia dengan kepujian sekurang-kurangnya gred C dalam Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

b) Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai yang berhidmat sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pembantu Operasi layak dipertimbangkan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 oleh Pihak Berkuasa Melantik.

Pelantikan ini tertakluk kepada kekosongan jawatan dan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan serta:

  • Memenuhi syarat kelayakan untuk lantikan; atau
  • Lulus peperiksaan khas; dan
  • Memenuhi had umur pelantikan
    • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun. Atau
    • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun. Atau
    • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas

Tanggungjawab dan skop kerja Pembantu Kesihatan Awam termasuklah:

a) Pembantu Kesihatan Awam Gred U19

Bekalan Air Dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS)

  • Penyeliaan ke atas pembinaan sistem pelupusan air limbah;
  • Penyeliaan ke atas pembinaan sistem pelupusan sisa pepejal;
  • Pengawalan mutu air minum luar bandar termasuk membantu dalam penguatkuasaan Akta Air Minum;
  • Terlibat dalam pengawalan kesihatan alam sekitar dan program perlindungan alam sekitar.

Anda juga boleh membaca maklumat tentang jawatan Pembantu Kesihatan Awam di laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. [ Klik Sini ]